Facial treatment ( Do it Yourself)

Isnin, 9 Mac 2009
Pasti ramai di antara kita yang sangat mementingkan penampilan diri dan salah satu rutin hampir setiap wanita bahkan lelaki untuk menjaga penampilan dan kesihatan kulit ialah melakukan rawatan kulit muka (facial treatment). Biasanya kita akan keluarkan belanja untuk buat facial di Salun kecantikkan. Di sini ada satu cara mudah membuat rawatan kulit muka di rumah, anda boleh lakukan sendiri di rumah. Jimat RM50.00 :)

Berikut adalah cara-caranya:
  • Cuci muka pakai facial cleanser yang biasa kita gunakan setiap hari

  • wapkan muka. caranya, isi air panas(jangan terlalu panas) ke dalam sebuah bekas, perahkan jus lemon/limau nipis atau letak beberapa titik cuka epal (apple cider vineger) untuk dapatkan aroma selain berfungsi membersihkan liang-liang roma. Halakan muka ke arah air panas tadi dan tutup kepala guna kain agar air tidak cepat sejuk. wapkan selama lebih kurang 5-10 minit

  • Sapu masker mengikut jenis kulit. Untuk jenis kulit combination (berminyak di T-zone dan kering/normal di bahagian lain), gunakan masker jenis mud (mud mask) di bahagian T-zone dan sapu yogurt tanpa perisa(plain yogurt) di bahagian lain.

  • biarkan selama 10-15 minit. kemudian bilas menggunakan air

  • wapkan muka sekali lagi

  • Kemudian Scrub muka. Jangan scrub di bahagian kulit kering atau berjerawat. 5-10 minit kemudian bilas

  • Sapu Ais pada kulit muka untuk menutup balik liang roma (pores) yang terbuka semasa proses wap. boleh juga gunakan gel mask yang diletak dalam peti ais

  • Kemudian gunakan toner dan moisturizer

Siap! sekarang rasa lebih segar.... :)

1 ulasan:

  1. Pelangi berkata...:

    Oittt...apa ini? Is it Romanian language? anyway welcome to my humble site

Catat Ulasan