Pi Lumadan tapi sampai di Lawas..

Jumaat, 24 April 2009
Hari ahad yang lepas, plan mau pi memancing di Lumadan, Beufort. sampai di Lumadan tidak jumpa pun tempat memancing, lepas pusing2 di pekan Lumadan..jumpa pula tempat/pusat penanaman Pokok Orchid Vanila yang mahal tu..., saya ada mengambil beberapa keping gambar semasa berada di sana tapi malangnya...sekali check semua gambar tidak dapat di save dalam memory card..huhu hilang pula.

Lepas tengok2 di tempat penanaman vanila, kami sekeluarga meneruskan perjalanan...mulanya tiada rancangan mau pi mana, jalan terus saja... sampai lah di Sempadan Sabah dan Sarawak.. so lepas bayar apa yang patut, teruskan lagi perjalanan sampai di bandar Lawas. Sampai di sana pi Beli beras sarawak saja lah, ada dua jenis yang kami beli (beras Bario dan beras Saleh), sebelum ni saya memang pernah cuba beras Bario masa study dulu sebab ada kawan dari Bario, Sarawak yang bawakan dari kampung...memang best beras ni.. Rasa mau beli banyak-banyak. Harga 1 packet RM20.00, 1 Packet tu cuma 3.5KG. Masa di Lawas ada ambil beberapa keping gambar...kali ini guna kamera handphone saja lah...mungkin kurang jelas ni..

Ini di Sempadan Sabah dan Sarawak

Ini Sungai Lawas, biasalah di Sarawak banyak sungai, tu pengangkutan air yang digunakan mengankut penumpang..siap pasang lagu Beautiful girl by Sean kingston lagi..heheh

Ini saya tidak tau apa mau panggil...Boat ka atau kapal atau perahu?..

Lama tidak update blog

Selasa, 21 April 2009
sibuk betul kebelakangan ni sampai tidak sempat update blog..dan baru-baru ini pc pula kena virus... tiba-tiba pc ada keluar mesej '' this computer is being attacked" macam screen saver pula bergerak sana-sini. sudah try scan dan try buang virus tapi tidak berjaya. akhirnya hantar pi kedai, orang di kedai tu pun tidak dapat buang virus...so terpaksa lah format pc ni...baru sija ambil balik pc ni tadi. wahhh...ada dalam 1 minggu tidak on guna pc. rindu juga... harap-harap lepas ni tiada lagi masalah macam ni

Muzium sabah

Isnin, 6 April 2009















Lama tidak melawat muzium Sabah, dulu masa tunggu result STPM, rajin sangat melawat....tiap kali boring...mesti melawat muzium Sabah. baru-baru ni ada pi sana.. ini beberapa gambar yang diambil ketika melawat muzium bersama keluarga..tidak banyak gambar sebab tidak dibenarkan ambil gambar di dalam muzium, boleh ambil gambar di luar sahaja termasuk rumah kebudayaan/warisan, itupun kami tidak sempat pi tingu2 hari tu sebab kami keluar dari bangunan muzium pun sudah lewat petang, di dalam pun sempat tengok koleksi di tingkat bawah sahaja. Tidak sempat naik atas. walaupun berkali-kali tengok2 koleksi di muzium tu tapi rasa macam tidak puas..lain kali mau datang lagi..