Keanjalan, kelenturan dan kesegaran kulit setiap individu dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya pemakanan yang sihat, penjagaan yang rapi dan bekalan vitamin yang mencukupi. Selain itu ada beberapa faktor lain untuk membentuk kulit yang sihat.
Namun begitu kalau pada kulit anda terpamer beberapa tanda seperti kulit kering, kusam atau kulit berlapis-lapis, itu menandakan ada yang tak kena pada kulit tubuh anda. Apa yang terlihat pada kulit anda adalah petunjuk daripada apa yang sedang terjadi dari dalam tubuh anda.
Jika kulit kusam, kering dan berlapis-lapis, itu menunjukkan anda makan terlalu banyak pati asid lemak yang terkandung dalam jenis ikan tertentu, biji-bijian dan kekacang.
Kehilangan kelembutan kulit biasanya disebabkan oleh oksida, bahan kimia yang etrdapat dalam kotoran, asap rokok, makanan bergoreng dan pengaruh sinar matahari yang merosakkan struktur kulit.Disini terdapat lima masalah kulit dan cara merawatnya secara semula jadi;
1) Memelihara Elastis
Kelenturan kulit akan menurun akibat dua komponen; kolagen dan elastin.
Kolagen membentuk struktur kulit. Elastin pula terbentuk dari balutan serat yang boleh menghilangkan elastin secara semula jadi atau kerosakkan.
Kehilangan kelenturan kulit terjadi setelah melalui proses penuaan dan oksida. Ia adalah kerosakan struktur pada kulit oleh bahan kimia atau faktor persekitaran seperti pencemaran, asap rokok, makanan bergoreng dan pengaruh matahari ketika ia bereaksi dengan oksigen dalam darah.
Kerana faktor ini juga menyebabkan kulit perokok kelihatan lebih kusam berbanding mereka yang tidak merokok.Untuk menjadikan kulit ealstis, cubalah jangan merokok.
Banyakkan makanan anti oksida yang terdapat dalam lobak merah, tomato, tembikai dan avokado.
2) Mengelakkan Kulit Kering
Kulit yang gatal, berlapis-lapis serta radang, menunjukkan anda terlalu banyak makan makanan yang mengandungi pati asid lemak. Kulit yang sihat hanya memerlukan 15 peratus pati asid lemak.
Makanan yang banyak mengandungi pati asid lemak terdiri dari minyak Omega 3. Antara ikan yang mengandungi minyak ini adalah ikan sardin.
3) Mencegah Kulit Berminyak
Kulit berminyak disebabkan oleh perubahan hormon sepanjang tempoh pusingan menstruasi dan juga stress. Ketika seseorang berada dalam keadaan stress, adrenal terangsang dan memproduksi lebih banyak sebum-partikel minyak yang membantu kulit agar lembut dan bebas bakteria. terlalu banyak sebum menyebakna terlalu banyak minyak yang beredar pada kulit.
Untuk mengurangkan pengaruh stress dan perubahan hormon pada kulit berminyak, kurangkan makan makanan bergoreng atau lemak tepu yang terdapat dalam makanan seharian dan daging. Untuk menggantikannya cubalah makan buah-buahan segar dan sayuran yang dikukus.
4) Mencegah Kulit Pucat
Sekiranya kulit anda kelihatan pucat, ia mungkin disebabkan oleh tubuh anda kekurangan zat besi. Hampir lapan peratus wanita mengalami kekurangan zat besi. Sumber terkaya zat besi adalah daging merah, tuna dan sardin.
5) Merawat Jerawat
Walaupun jerawat sering dikaitkan dengan remaja kerana faktor perubahan hormon, namun jerawat sebenarnya ada kaitan dengan stress. Anda boleh mengubati jerawat dari dalam. Kekurangan pati lemak dikatakan sebagai faktor terjadingan jerawat. Ini kerana lemak tersebut penting untuk mambran sel kulit bagi mengatur keseimbangan hormon. Kulit yang bersih memerlukan bekalan zat yang cukup untuk mengawal dan memperbaiki kulit.
0 ulasan:
Catat Ulasan