Pisang jauhkan stroke

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kajian menunjukkan dgn makan pisang setiap hari merupakan cara terbaik utk mencegak strok kerana pisang mengandungi potasium.


Penemuan ini berdasarkan kajian yg dijalankan keatas 5600 lelaki dan wanita, di mana lebih dpd 65 peratus ditemui 1.5 kali lebih berisiko diserang strok kerena mereka kurang mengambil makanan yg mengandungi potasium dlm pola makanan mereka dibandingkan dgn yg mengambil byk potasium.


Menurut para pengkaji di Queen's Medical Centre di Hawaii, difinasi pengambilan potasium rendah adalah kurang dari 2.4 gram per hari sedangkan pengambilan dalam kategori banyak adalah lebih dari empat gram per hari.Potasium berkerja dgn sodium untuk mengatur keseimbangan cairan, denyut jantung, konstraksi otot dan ransangan saraf. Ketika kadar potasium meningkat, kadar sodium akan menurun. Ini bermakna makanan yg kaya dgn potasium boleh membantu mengimbangi pengaruh sodium berlebihan seperti tekanan darah tinggi.Tanda2 lain kekurangan potasium ialah lesu dan haus yg berlebihan.


Sebiji pisang besar mengandungi sekitar 500mg potasium atau sekitar satu pertujuh dari pengambilan yg dicadangkan.Selain kaya dgn potasium, pisang juga mengandungi labih dari satu perempat vitamin B6 yg diperlukan setiap hari termasuk asid folik. Ini menjadikan pisang sebagai makanan penting bagi ibu yg mengandung dan wanita yg ingin memiliki bayi. Di samping berguna untuk mengubati sembelit, ia juga boleh dimakan untuk mendapatkan tubuh yg langsing kerana hanya mengandungi sekitar 95 kalori.

0 ulasan:

Catat Ulasan