Memaparkan catatan dengan label cakap apa saja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cakap apa saja. Papar semua catatan

Jumpa Kawan Lama!! yeahhh happy!...

Rabu, 20 Mei 2009
ni diaa....kawan yang saya jumpa kemarin... Afai

Sempat buka blog di perpustakaan :D

kemarin (20/5/09) selasa, selepas pos barang di pejabat pos besar, saya pigi perpustakaan negeri cawangan Kota Kinabalu untuk pulangkan buku-buku yang saya pinjam..kena denda lagi 80sen sebab lambat pulangkan buku...tapi kebetulan kawan saya yang berkerja di sana.. faham-faham saja lah..malas mau cakap..hehehe.

Borak-borak sekejap dengan kawan di kaunter perpustakaan tu...dia cakap ada si Afai di tingkat atas sedang study untuk persiapan mau interview DPLI hari minggu nanti...wahhh setelah sekian lama, hari ini saya dapat jumpa salah seorang kawan rapat masa di sekolah menengah....perjumpaan ni buat saya rindu sangat zaman sekolah menengah, kami semua berpisah selepas melanjutkan pelajaran di tempat yang berlainan.. memang rindu sangat-sangat. banyak kenangan manis kami masa sekolah, masa di asrama, banyaklah kisah-kisah di sekolah dan asrama kami ungkit....tanya khabar kawan-kawan lain, kebanyakkan kawan-kawan telah berumah tangga dan bekerjaya, baguslah dengar berita gembira dari kawan. Kami sangat berharap dapat berjumpa dengan kawan-kawan kami yang lain suatu masa nanti.... tidak sedar sampai petang dekat jam 6pm kami lepak di perpustakaan, sempat tolong dia buat blog lagi ehehe, kalau ikut perasaan, stay di perpustakaan sampai besok pun tidak habis cerita... kalau ada umur yang panjang boleh jumpa lagi... rindu semua kawan-kawan...

Happy mother's day.. Selamat hari Ibu

Isnin, 11 Mei 2009

Walaupun sibuk dengan aktiviti harian.. hari Ibu tetap tak dilupakan. Hargailah Ibu...sayangi Ibu, berbakti lah pada ibu dan senangkan lah hati ibu selagi masih ada kesempatan. Selamat hari ibu kepada ibu saya dan kepada semua ibu di dunia, semoga diberkati.

Kek ini disediakan khas untuk ibu sempena hari ibu, kejutan lah konon, sudah siap makan malam baru keluarkan kek... heheheh walaupun kek ini untuk ibu tapi sebenarnya kami anak-anak dia yang berabis makan

Lama tidak update blog

Selasa, 21 April 2009
sibuk betul kebelakangan ni sampai tidak sempat update blog..dan baru-baru ini pc pula kena virus... tiba-tiba pc ada keluar mesej '' this computer is being attacked" macam screen saver pula bergerak sana-sini. sudah try scan dan try buang virus tapi tidak berjaya. akhirnya hantar pi kedai, orang di kedai tu pun tidak dapat buang virus...so terpaksa lah format pc ni...baru sija ambil balik pc ni tadi. wahhh...ada dalam 1 minggu tidak on guna pc. rindu juga... harap-harap lepas ni tiada lagi masalah macam ni

200 Helai...!!

Ahad, 15 Mac 2009
Rindu dengan blog ni, tempat saya menulis apa saja yang saya mau (tiada konsep tertentu). kebelakangan ni agak sibuk sedikit. hari ini curi masa sedikit untuk menulis di blog. Tadi ada seorang pelanggan berminat dengan pakaian yang saya jual di internet. setelah menerangkan serba sedikit tentang pakaian tersebut, beliau berpuas hati dan bersetuju untuk membeli...tapii!!! dia memesan 200 helai sebab dia pun seorang peniaga dan berminat untuk menjual pakaian tersebut di kedai beliau dan dia sebenarnya dari Nigeria. dia suruh saya kira semua kos penghantaran dan harga 200 helai baju tersebut. Terkejut juga sebab saya bukan supplier/ pembekal.. hehe saya bagitau dia keadaan sebenar dan sebenarnya cuma ada 1 helai ja baju tu. setelah dia berfikir, dia tetap ingin membeli satu helai yang ada tu,mungkin untuk kegunaan sendiri atau untuk dihantar ke kilang dan buat baju yang serupa sebanyak 200 helai, itu saya tidak tau.. sekarang saya pening mau kira kos untuk penghantaran...sebab kos hantar berpuluh kali ganda lebih mahal daripada harga beju tu sendiri. tapi kalau dia setuju bayar...No Problem, saya hantar sija :D

Cerita di balai polis

Rabu, 4 Mac 2009
Hari ini temankan mama pi balai polis, ada urusan sikit. masa tunggu giliran, ada seorang perempuan tua sedang buat laporan polis dia cakap tong gas dia kena curi lepas tu tidak berapa dengar butiran laporan dia yang lain. mula-mula rasa lucu juga. Lepas dia buat report, saya ambil kesempatan lah becerita dengan makcik tu,dia bagitau lah sebenar rumah dia dimasukki pencuri masa dia tiada di rumah, banyak barang dia hilang termasuk tong gas, tempat masak air, kipas, TV singer(besar lagi tu dia bilang), beg dan beberapa barang lain, ini kali kedua kejadian ini berlaku..rasa kesian pula dengan makcik tu, sudahlah dia orang tua, dia tinggal sorang diri di rumah tu, sekarang semua barang keperluan dia pula hilang, macamana lah dia nanti. mesti dia susah hati sekarang tu.

Berjinak-jinak dengan blog..

Sebenarnya sudah lama mau buat blog tapi tiap kali buat...mesti malas update. kali ini mau berjinak-jinak dulu dengan blog...
Macam biasa lah ni hari di rumah ja, buat kerja-kerja di rumah dan surf internet. memandangkan kepala pening hari ni jadi masa untuk surf internet tu dikurangkan...rehatkan mata, otak dan badan lah katakan. 1 hari ni rehat lah konon, lepas kawan di Singapore call tadi jam 12.30am baru on pc cek email, wah ada orang mau beli baju yang sia iklan di mudah. syukurlah rezeki tu...

Nak dijadikan cerita, sia heran betul apa penyakit sia sekarang ni, kulit gatal-gatal, tidak pernah pun macam ni sepanjang hidup sia, ni lah pertama kali. bulan Disember 2008 yang lepas..baru dekat 2 bulan lah, sia kena cacar air..adoi sengsara. bila dah dewasa macam ni baru kena cacar ... parut pun lambat hilang, biasalah kulit pun bukan kulit budak..kulit badak.... collagen kurang hehe...baru mau sembuh cacar, kena pula gatal-gatal kulit... adei sengsara. ada 1 minggu lebih kulit bengkak-bengkak terutama di muka, mata dan telinga, macam bukan muka orang. pi hospital Queen, kena suntik dua jenis ubat...wah macam mau nangis tengok jarum tu masuk di kulit pergelangan tangan, sudahlah besar, ubat cecair yang di kasi suntik pun banyak.. kalu di bahu buli tahan lagi, ni pergelangan tangan. kalu sia tidak malu, sia nangis sudah uwaaaa.. sudah kena suntik harap2 hilang lah gatal dan bengkak tapi meleset, ada juga beberapa hari bengkak2 kulit termasuk muka, ngam2 kena time chinese new year (sia celebrate CNY sebab bapa sia chinese kan hehe), balik pi sandakan jumpa saudara sebelah bapa di sana...malu eh, sia rasa ganjil betul muka sia..nasib boleh buka lagi mata sikit-sikit. telampau bengkak bah. so kena lah sia pantang makan itu ini. balik KK (sia tinggal di KK) keluarga sebelah mama datang, jumpa lah makcik, pakcik, sepupu, kawan2.. mesti tanya kenapa muka sia. boring juga. tapi apa buli buat. lepas saudara mama pulang kampung, pi farmasi lagi beli ubat untuk kulit ni. wah... ubat ni kira ok juga lah, dia bagi 2 ubat minum dan 1 ubat sapu. 1 ja sia tau ada ubat piriton. berkesan juga lah.. bisuknya hilang sudah bengkak. ok lah dalam 1 minggu. sekarang tidak bengkak lagi...tapi masih gatal. adoii apalah penyakit aku ni...