Beberapa hari lepas, macam biasa lah, keluarga kami suka sangat beli sayur dan ikan di manggatal. biasanya petang-petang di Manggatal memang meriah, ramai orang jual dan beli sayur, buah, ikan, daging, kuih, ikan bakar, sayap ayam (kepak ayam) bakar dan macam-macam lagi. saya suka beli kelapa di Manggatal ni... beli dengan orang yang jual di kereta dia...dia cakap sudah bertahun-tahun dia jual di situ, kalau 1 kali dia tak datang menjual mesti ramai orang cari dia. dari pemerhatian saya memang perniagaan buah kelapa beliau sangat laris...harga RM2.00-RM2.50 sebiji..Fresh!
Apa yang saya tertarik pada kali ini...ada 2 orang wanita tempatan/kadazandusun menjual cendawan tiram. setelah beberapa kali ikut keluarga beli sayur-sayuran di Pekan Manggatal, ini pertama kali saya melihat 2 orang penjual ini. di atas meja hanya ada 4 bungkus cendawan tiram, saya cuba lah tanya harga...wah murah dia jual, 1 packet RM2.00 sahaja berbanding RM3.50-RM4.00 biasanya kami beli! hhmm..saya tanya lagi... 4 bungkus saja? dorang jawab " tadi ada lebih 1 ribu bungkus" ...hhmmm cepat juga habis??? tinggal 4, masih awal ni. dalam perkiraan saya... wah pendapatan mereka pada hari ini lebih dari RM2000.. untuk beberapa jam sahaja. Saya tanya lagi, cendawan tanam sendiri ka?...menurut mereka, memang ditanam sendiri di kawasan Kokol, manggatal, tempat tu kurang sejuk so cendawan pun kurang lebar.. bagus juga dorang ni, dalam 10hari 1 kali menuai hasil...saya pun beli lah 1 bungkus dan beredar dari situ
0 ulasan:
Catat Ulasan