DAri Kota Kinabalu ke Kundasang, Ranau

Ahad, 24 Mei 2009
Hari ahad kemarin, kami sekeluarga bertolak dari KK dalam pukul 8 pagi, sebenarnya tidak ada destinasi yang dirancang. kami jalan sajalah mana-mana, mula-mula kami pi sarapan di Telipok. selapas sarapan kami bertolak ke keningau, sepanjang jalan tu kadang2 ada juga lah singgah-singgah untuk beli air, makanan dan pi cari toilet...biasa lah kan :)

sampai di Kundasang, bersejuk-sejuk sekejap, menikmati udara sejuk di sini dan beli-beli buah di Pekan kundasang, selepas tu jalan terus sampai Ranau pula. sampai di Ranau kami terjumpa perarakan orang kahwin...dari segi pakaian tradisi yang mereka pakai saya andaikan itu perkahwinan orang murut, agak menarik juga,kedua mempelai/pengantin duduk di belakang kereta (tidak perasan kereta apa), lebih kurang macam itu Hilux, mereka duduk macam bersanding di belakang kereta secara terbuka, dan diringi oleh kereta2 lain di belakang. di depan kereta yang membawa mempelai adalah kereta yang membawa orang yang main gong, so sepanjang jalan ada bunyi gong..heheh bagus juga dapat tengok. sampai di Ranau kami bertembung lagi dengan pasangan pengantin lain tapi yang ini pula perkahwinan orang dusun (andaian berdasarkan pakaian tradisional :), ada juga perakan main gong tapi pengantin duduk dalam kereta tertutup tidak seperti yang mula2 kami lihat tadi. Sayangnya sia tidak dapat ambil gambar padahal sia teringin sangat ambil gambat yang pertama tadi, rasa menarik, maybe sebab tidak pernah nampak...hehehe, tapi takkanlah sia suruh durang stop semata-mata mau gambar, lagipun memang sia tiada persediaan mau ambil gambar, arah jalan pun tidak sama.

sampai di Ranau, singgah Makan sekejap, lepas makan, duduk2 sambil tengok keadaan pekan Ranau, kemudian bertolak pulang ke Kota Kinabalu, singgah sekali lagi di Kundasang (pusat pengedar pokok vanila), tengok2 pokok vanila dan sempat beli buah vanila yang dikeringkan tu...wangiiii...kemudian teruskan perjalanan, singgah Inanam untuk makan malam....then pulang rumah. wahh rasa penat juga lah.


sempat ambil gambar gunung Kinabalu kebanggaan rakyat Sabah :D



siapa tidak tau tempat ni..? kalau pi Kundasang orang selalu singgah sini, macam-macam sayur dan buah-buahan ada dijual disini bahkan bunga dan pokok-pokok hidup juga ada dijual. semuanya produk tempatan Kundasang

Pekan Nabalu, terserempak dengan kemalangan jalan raya, kereta ini melanggar pagar besi di tepi jalan tu sampai jadi bengkok phew!...dalam perjalanan pulang, hujan turun so kenalah memandu perlahan dan berhati-hati.

sempat beli madu lebah yang masih dalam sarang lebah. 1 keping macam ni boleh diperolehi dengan harga RM18.00 sahaja.. manis ehhh...



0 ulasan:

Catat Ulasan