Fakta gula
Badan tidak memerlukan gula yang berlebihan untuk berfungsi sihat dan normal. Sistem badan bertindak menukar makanan karbohidrat seperti nasi, roti, ubi don mee menjadi gula/glukos untuk kalori (tenaga) seharian. Gula hanya membekalkan kalori (tenaga) dan tidak mengandungi zat-zat makanan lain yang lebih berkhasiat. Terlalu banyak gula dikaitkan dengan kerosakan gigi. Terlalu banyak gula juga dikaitkan dengan kegemukan yang menambah risiko penyakit kencing manis. Kurang tenaga atau lemah badan tidak semestinya disebabkan oleh tidak memakan gula.
Mengesan gula dalam makanan dan minuman
Kebanyakan kita makan berlebihan gula. Kita tidak menyedari perkara ini kerana is tersembunyi disebalik makanan dan minuman seperti: 1. Minuman ringan, oren campur, manisan dan minuman bergas. 2. Gula-gula, coklat dan lollipop. 3. Susu manis, aiskrim dan jem. 4. Kuih-muih, kek, biskut, donat clan bingka
Tip mengurangkan gula
Tukarkan tabiat minum sirap atau oren campur selepas makan kepada minum air kosong. Kurangkan atau elakkan gula dalam minuman. Hidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Bertukur kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, ubi, roti paun, bun. Kurangkan susu manis atau bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim. Kurangkan minuman malt atau coklat.
0 ulasan:
Catat Ulasan