Rawat Wajah Ikut Usia ( 30an)

Jumaat, 31 Julai 2009
Tampil cantik sepanjang masa....

Usia 30an:
Dalam usia ini proses pembentukkan semula sel kulit baru agak lambat. kesan buruk ekoran pencemaran, asap rokok dan sinaran matahari yang berlebihan berjaya memasuki lapisan dermis kulit. kulit wajah yang pada awalnya tegang sudah menunjukkan tanda-tanda penurunan fungsi elastiknya. selalin itu, kulit wajah juga mulai kering dan sudah menunjukkan beberapa kedutan di sekitar bibir.

Anda harus mengambil berat soal pemakanan. Utamakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan ikan. Kandungan vitamin A, B, C dan E yang terkandung dalam makanan ini mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, membaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolagen semulajadi.

Lakukan rawatan thermage untuk mengatasi masalah kedutan-kedutan halus dan kulit yang mulai mengendur.

Produk yang diperlukan:
* Krim pelindung cahaya matahari (dengan SPF yang lebih tinggi)
* Pelembap wajah
* Pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
* Penyegar wajah
* Krim malam
* Krim mata

Note:
* thermage: rawatan yang menggunakan frekuensi radio untuk membentuk tekstur kulit baru melalui penghasilan semula kalogen. Rawatan ini menghilangkan garis-garis halus di sekitar bibir, mata dan dagu selain mengatasi masalah kulit berjerawat dan parut. Kalogen akan terbentuk dua bulan selepas rawatan. ia boleh diaplikasikan kepada semua jenis kulit.

Sumber: majalah RAPI 15 julai 2009

0 ulasan:

Catat Ulasan