Tamu Tuaran, Tamu KPD kemudian Lepak di Teluk Likas

Ahad, 3 Mei 2009
Hari minggu sempat Jalan-jalan di sekitar kota kinabalu. Mula-mula pi tamu tuaran, jalan-jalan dan bersarapan. Banyak benda orang jual di tamu tuaran, tapi tidak sempat pula ambil gambar (LUPA :p). Macam biasa lah di tamu, banyak orang jual kain, sayur, beras macam-macam jenis (Sempat cari beras Bario tapi tiada jual, beras salleh saja ada), ada jual ikan, ada juga orang jual binatang ternakan seperti anjing, arnab, hamster dan saya paling tertarik dengan kucing Parsi tu...besar eh, bulu kelabu, cantiklah.

Lepas dari tamu Tuaran, pi Penampang Baru kawasan Servay hypermarket yang terbakar tu konon-konon mau cari penyangkut baju yang ada half body (alternatif untuk mannequin) tapi kebanyakkan kedai tutup pada hari Ahad, tidak dapat jumpa yang kami cari. selepas pusing-pusing kawasan tu, jalan-jalan lagi singgah pula di tempat tamu KPD di KK ..macam biasa ada sayur-sayuran, buah-buahan, pendek kata semua produk pertanian ada dijual di sini.

Di Tapak tamu KPD KK, ada pula yang jual pokok2/tanaman2, saya tertarik yang ini sebab jarang nampak...sebenarnya cuma pokok cili/lada tapi ada macam-macam warna, ada yang purple, merah, hijau, hitam entah boleh makan ka tidak??

Pokok ni pun ada.... kalau di china pokok ini boleh dibelah-belah dan dianyam untuk buat tikar, saya tidak tau apa nama pokok ni, macam rumput saja rupa dia

Selepas berjalan-jalan, beli buah dan sayur di pasar tani/ tamu KDP, tengok seberang jalan..nampak pemandangan ini...menarik sungguh petang tu... tiba-tiba teringin pula lepak di sini.... nama tempat ni ialah Teluk Likas


Apa lagi... kami pun datang lah di sini, park kereta, duduk-duduk, tengok orang, ada yang berkemah, ada yang mandi di pantai.... di sini ada juga orang jual makanan dan minuman tapi pada setiap ahad sahaja menurut salah seorang penjual disitu...
Teluk Likas

Rumah Merah

Sabtu, 2 Mei 2009
beberapa hari yang lepas.. tidak pasti hari apa, petang-petang pi jalan-jalan pusing kawasan KKIP, Manggatal dan sekitarnya, naik di tempat tinggi sikit, tengok2 kawasan yang rendah, menarik juga, dapat tengok pemandangan, bangunan-bangunan dan macam2 dari atas. Cuma dapat ambil gambar ini saja lah... gambar rumah merah (Penempatan/ penahanan sementara pendatang tanpa izin (PTI) sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka. saya pun tidak pasti apa nama tempat secara khusus...lupa tingu papan tanda huhu.... Ni Pun nampak bumbung saja.
Rumah Merah

Pi Lumadan tapi sampai di Lawas..

Jumaat, 24 April 2009
Hari ahad yang lepas, plan mau pi memancing di Lumadan, Beufort. sampai di Lumadan tidak jumpa pun tempat memancing, lepas pusing2 di pekan Lumadan..jumpa pula tempat/pusat penanaman Pokok Orchid Vanila yang mahal tu..., saya ada mengambil beberapa keping gambar semasa berada di sana tapi malangnya...sekali check semua gambar tidak dapat di save dalam memory card..huhu hilang pula.

Lepas tengok2 di tempat penanaman vanila, kami sekeluarga meneruskan perjalanan...mulanya tiada rancangan mau pi mana, jalan terus saja... sampai lah di Sempadan Sabah dan Sarawak.. so lepas bayar apa yang patut, teruskan lagi perjalanan sampai di bandar Lawas. Sampai di sana pi Beli beras sarawak saja lah, ada dua jenis yang kami beli (beras Bario dan beras Saleh), sebelum ni saya memang pernah cuba beras Bario masa study dulu sebab ada kawan dari Bario, Sarawak yang bawakan dari kampung...memang best beras ni.. Rasa mau beli banyak-banyak. Harga 1 packet RM20.00, 1 Packet tu cuma 3.5KG. Masa di Lawas ada ambil beberapa keping gambar...kali ini guna kamera handphone saja lah...mungkin kurang jelas ni..

Ini di Sempadan Sabah dan Sarawak

Ini Sungai Lawas, biasalah di Sarawak banyak sungai, tu pengangkutan air yang digunakan mengankut penumpang..siap pasang lagu Beautiful girl by Sean kingston lagi..heheh

Ini saya tidak tau apa mau panggil...Boat ka atau kapal atau perahu?..

Lama tidak update blog

Selasa, 21 April 2009
sibuk betul kebelakangan ni sampai tidak sempat update blog..dan baru-baru ini pc pula kena virus... tiba-tiba pc ada keluar mesej '' this computer is being attacked" macam screen saver pula bergerak sana-sini. sudah try scan dan try buang virus tapi tidak berjaya. akhirnya hantar pi kedai, orang di kedai tu pun tidak dapat buang virus...so terpaksa lah format pc ni...baru sija ambil balik pc ni tadi. wahhh...ada dalam 1 minggu tidak on guna pc. rindu juga... harap-harap lepas ni tiada lagi masalah macam ni

Muzium sabah

Isnin, 6 April 2009















Lama tidak melawat muzium Sabah, dulu masa tunggu result STPM, rajin sangat melawat....tiap kali boring...mesti melawat muzium Sabah. baru-baru ni ada pi sana.. ini beberapa gambar yang diambil ketika melawat muzium bersama keluarga..tidak banyak gambar sebab tidak dibenarkan ambil gambar di dalam muzium, boleh ambil gambar di luar sahaja termasuk rumah kebudayaan/warisan, itupun kami tidak sempat pi tingu2 hari tu sebab kami keluar dari bangunan muzium pun sudah lewat petang, di dalam pun sempat tengok koleksi di tingkat bawah sahaja. Tidak sempat naik atas. walaupun berkali-kali tengok2 koleksi di muzium tu tapi rasa macam tidak puas..lain kali mau datang lagi..