Panduan pemakanan untuk kesihatan

Selasa, 25 Ogos 2009

Panduan pemakanan


Makanlah berjenis makanan dari setiap kumpulan mengikut kuantiti yang disarankan. Nikmati Iebih makanan jenis kekacang dan bijiran.


Amalkan 2-3 sajian sayur-sayuran, ulam ulaman dan 2-3 sajian buah-buahan setiap hari.


Kurangkan masakan berlemak dan berminyak; Banyakkan masakan berebus dan berkukus.


Amalkan sajian kurang masin dan kurang manis.


Anak damit mendapat pemakanan yang terbaik dari susu ibu. Nikmati pemakanan seimbang disamping bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.


Pilih jenis makanan berikut


Buah-buahan dan sayur-sayuran


Makanan ini membekalkan vitamin, galian dan serabut yang mana adalah penting untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit.


Sayur-sayuran


Makan dengan banyak, sekurang-kurangnya semangkuk atau lebih pada waktu makan tengahhari/malam.


Buah-buahan


Makan 2-3 jenis setiap hari (bersema kulit jika dapat dimakan) Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.


Nasi dan bijiran


Makanan ini mengandungi vitamin, galian, serabut dan tenaga. Makanlah dengan sederhana setiap hari tapi elok memilih makanan yang banyak mengandungi serabut seperti beras merah, roti dan biskut mil penuh, amping bijiran dan ubi.


Ikan, daging dan hasil tenusu


Makanan ini mengandungi zat protein ianya penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Ikan, ayam, daging, kacang pis, kacang dahl, kacang soya makan satu hidangan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Telur dan hasil tenusu: 2-3 kali dalam seminggu. Susu : Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak sebaik baiknya meminum 3 gelas sehari. Kanak-kanak hendaklah minum 2 gelas setiap hari.


Lemak, garam dan gula


Bahan-bahan ini menambahkan kelazatan di dalam makanan tetapi gunakan sedikit sahaja dalam makanan dan minuman.


Ingat selalu


1) Jangan meninggalkan sarapan pagi setiap hari.

2) Elakkan makanan ringan dan jika awda berkeinginan makan, pilih buah-buahan segar atau minuman tanpa gula.

3) Kurangkan garam, kicap atau sambal dalam masakan.


Jika berat badan anda berlebihan


Selain daripada mengamalkan cara permakanan sihat, awda perlu:

1) Elakkan gula, manisan, oren campur, minuman bergas dan kuih-muih.

2) Kurangkan makanan berlemak, berminyak atau bergoreng

3) Hadkan penggunaan mentega/marjerin.

4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5) Kurangkan memakan nasi, roti atau bijiran. Pilih jenis mil penuh.

6) Mengamalkan bersenam setiap hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan