Kita mungkin telah terlalu kerap diberitahu bahawa ikan adalah makanan yang baik untuk otak. Selain itu juga dinyatakan mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung atau mengurangkan pertumbuhan cancer payudara. Ini kerana ikan dikatakan mengandungi lemak yang amat berkhasiat untuk tubuh.
Barangkali anda tidak terlalu mengenal jenis lemak seperti ini. Asid Lemak Omega-3 yang ternyata juga berkhasiat untuk mencegah depresi.beberapa pakar pemakanan telah meninjau mengenai kebiasaan memakan ikan pada kebanyakan orang dan mereka membuat kesimpulan bahawa semakin banyak seseorang itu memakan ikan, semakin kecil risiko mereka terkena depresi.Pakar-pakar ini juga merujuk pada hasil penyusunan lapisan lemak di dalam otak yang terdiri dari Omega-3s. Antara ikan yang mengandungi banyak lemak-lemak ini adalah ikan salmon dan ikan tuna.
Jika kebetulan anda suka makan ikan ini, ada dua kebaikan yang anda perolehi iaitu memiliki otak yang sihat dan dikatakan mampu memperbaiki " Mood " anda..
0 ulasan:
Catat Ulasan