Tahan Nafas boleh menyebabkan kerosakkan otak?

Ahad, 16 Ogos 2009

Berdasarkan kajian saintifik baru-baru ini mendapati tindakan menahan nafas walaupun hanya untuk beberapa minit boleh menyebabkan kerosakan otak. Kumpulan saintis yang berjaya membuat penemuan tersebut mendedahkan kehadiran sejenis protein S100B yang meningkat semasa seseorang sedang menahan nafas.
Menurut mereka, Protein S100B merupakan penunjuk atau tanda kerosakan sel-sel otak sedang berlaku. Walaubagaimanapun, ia hanya sementara dan hilang selepas kembali bernafas seperti biasa. Hasil penemuan ini ternyata membimbangkan para saintis terutamanya ke atas aktiviti sukan renang dan menyelam. Mereka yang aktif dalam kedua-dua aktiviti tersebut terdedah kepada risiko jangka masa panjang akibat kekurangan oksigen. Dalam kes ini, apabila seseorang perenang atau penyelam menahan nafas mereka, kortek otak (salah satu bahagian otak) akan mengalami kekurangan oksigen lalu berlaku satu keadaan yang dipanggil hypoxia yang adakalanya boleh membawa maut.Dalam senario seseorang yang lemas, tetapi berjaya diselamatkan, ia tetap berpotensi tinggi menyebabkan sel otak untuk rosak dan tidak dapat dipulihkan untuk selama-lamanya. Dalam sukan renang atau menyelam, sering kali ujian tahan nafas di dalam air dilakukan bagi meningkatkan kekuatan paru-paru.
Oleh itu kajian yang lebih mendalam telah dilakukan ke atas 9 orang ahli renang profesional ( 8 lelaki dan 1 wanita) telah medapati;
  • Secara purata, mereka boleh menahan nafas selama 5 minit 35 saat. Paling lama ialah 6 minit 43 saat dan paling singkat ialah 4 minit 41 saat.
  • Tahap Protein S100B telah dikesan meningkat pada 7 dari 9 penyelam tersebut.
  • Sekumpulan perenang kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada aras Protein S100B.
  • Secara purata, S100B meningkat sebanyak 37 peratus selepas 10 minit penyelam menghentikan selamannya.
  • Tahap S100B kembali kepada normal selepas 2 jam.
  • Kesemua penyelam menunjukkan tanda-tanda asphyxia, di mana tahap oksigen di dalam darah menurun, dan tahap karbon dioksida meningkat.
Peningkatan tahap Protein S100B telah mengesahkan lagi akan kerosakan sel-sel otak yang terjadi akibat menahan nafas. Walaubagaimanapun, tahap peningkatan masih jauh lebih rendah berbanding otak yang mengalami kecederaan akibat kemalangan dan trauma di mana peningkatannya biasanya melebihan ratusan peratus.
sumber:apesaje.tk, Journal of Applied Physiology, e Science News

0 ulasan:

Catat Ulasan