Ahad, 2 Ogos 2009

Sekilas .....SIHAT

AROMATERAPI... adalah cara natural bagi merawat kesegaran dan kecantikan tubuh. Gabungan wap panas dengan aromaterapi mengendurkan otot yang tegang.

TENANGKAN FIKIRAN SEBELUM TIDUR...jika ada masalah yang mengganggu, tuliskan di atas kertas. ia juga adalah salah satu cara meluahka perasaan.

Untuk membuang sisa makanan, anda disarankan untuk berkumur dan "flossing". Ganti berus gigi setiap 3 bulan untuk menjamin kebersihan gigi.

KULIT JUGA PERLUKAN makanan yang banyak mengandungi vitamin A, C dan banyakkan masa untuk berehat dan beraktivit untuk membantu pertumbuhan kulit

REGANGKAN OTO-OTOT pada tubuh anda 2 jam sebelum masuk tidur. Tubuh yang santai sebelum tidur akan membuatkan anda lebih mudah merasa ngantuk.

MENGHIRUP UDARA SEGAR sambil menikmati cahaya matahari pada awal pagi membantu anda awet muda dan lebih sihat.

SALAH SATU CARA TERBAIK untuk menghentikan sinus adalah dengan meminum banyak teh hitam, teh hijau dan tumbuhan yang tidak mengandungi kafein.

SUKAN AKUATIK SANGAT BAIK untuk semua golongan walaupun anda tidak tahu berenang. Bagi anda yang mempunyai penyakit artritis, masalah sendi mahupun berat berlebihan, anda juga disarankan melakukan banyak aktivit akuatik.

WANITA YANG BERSENAM dan sentiasa cergas setiap hari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara. bersenam selama sejam dalam seminggu dapat mengurangkan sehingga 30% risiko mendapat kanser payudara.

MENURUT JURNAL OCCUPATIONAL AND ENVIRONMENTAL MEDICINE, tahap stres yang tinggi boleh menyebabkan kesakitan senggugut sebanyak dua kali ganda

SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI FIZIKAL terutama yang berat, bertemu lah dengan doktor terlebih dahulu untuk penilaian tahap kesihatan anda

KAJIAN DARIPADA UNIVERSITY OF WISCONSIN mendapati dengan mengamalkan terapi tumpuan (fokus pada satu perkara sahaja) akan mengurangkan stress dan memperbaiki sistem imun badan.

sumber: majalah RAPI 15 julai 2009





0 ulasan:

Catat Ulasan