Rawat Wajah ikut usia (40an)

Jumaat, 31 Julai 2009

Tampil cantik sepanjang masa

usia 40an:
semasa usia menjangkau 40an, penghasilan kalogen kulit mulai menurun. kesanya tahap elastik kulit berkurangan, seterusnya menyebabkan garis-garis penuaan dan kedutan semakin ketara.

pada usia ini juga, lapisan luar epidermis menjadi lebih tebal kerana adanya penumpukkan sel-sel kulit mati. Anda disarankan menggunakan pembersih wajah yang mengandungi AHA untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.

Kulit juga akan menjadi lebih sensitif, selalu lah berjumpa pakar-pakar kecantikan untuk mendapatkan panduan dan nasihat selain mendapatkan produk penjagaan yang sesuai.

Lakukan chemical peeling bagi membuang noda hitam di wajah, rawatan skin filler untuk mengisi kedutan dan lekuk yang ada dalam kulit. alternatif lain ialah mendapatkan suntikan vitamin C untuk menghilangkan kedutan.

produk yang diperlukan:
* Pencuci wajah
* Penyegar wajah
* Pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
* krim malam anti penuaan
* krim mata anti penuaan
( lebih baik sekiranya menggunakan produk yang mengandungi vitamin A)

Note:
* Chemical peeling: proses pengelupasan kulit secara kimia menggunakan AHA (Alpha Hydroxy acid) untuk merangsang penghasilan sel kulit baru yang lebih sihat.
* Skin filler: ia berfungsi mengisi lekukan atau kedutan yang sangat dalam dengan sejenis bahan

sumber: majalah RAPI 15 julai 2009

Rawat Wajah Ikut Usia ( 30an)

Tampil cantik sepanjang masa....

Usia 30an:
Dalam usia ini proses pembentukkan semula sel kulit baru agak lambat. kesan buruk ekoran pencemaran, asap rokok dan sinaran matahari yang berlebihan berjaya memasuki lapisan dermis kulit. kulit wajah yang pada awalnya tegang sudah menunjukkan tanda-tanda penurunan fungsi elastiknya. selalin itu, kulit wajah juga mulai kering dan sudah menunjukkan beberapa kedutan di sekitar bibir.

Anda harus mengambil berat soal pemakanan. Utamakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan ikan. Kandungan vitamin A, B, C dan E yang terkandung dalam makanan ini mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, membaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolagen semulajadi.

Lakukan rawatan thermage untuk mengatasi masalah kedutan-kedutan halus dan kulit yang mulai mengendur.

Produk yang diperlukan:
* Krim pelindung cahaya matahari (dengan SPF yang lebih tinggi)
* Pelembap wajah
* Pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
* Penyegar wajah
* Krim malam
* Krim mata

Note:
* thermage: rawatan yang menggunakan frekuensi radio untuk membentuk tekstur kulit baru melalui penghasilan semula kalogen. Rawatan ini menghilangkan garis-garis halus di sekitar bibir, mata dan dagu selain mengatasi masalah kulit berjerawat dan parut. Kalogen akan terbentuk dua bulan selepas rawatan. ia boleh diaplikasikan kepada semua jenis kulit.

Sumber: majalah RAPI 15 julai 2009

Rawat wajah ikut Usia (Usia 20an)


Tampil cantik sepanjang masa....

Usia 20an:
ketika ini kulit wajah masih tegang dan kenyal. mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika usia belasan tahun sudah tidak kelihatan lagi. namun kita tidak boleh memandang ringan soal penjagaannya. pada usia 20an, kemampuan sel kulit untuk menjana semula pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Untuk merangsang pertumbuhan sel kulit, disarankan menggunakan produk pembersih muka yang ringan kandungannya dan megandungi funsi pengelupasan secara teratur.

Selain pembersih, jangan lupa gunakan krim pelindung sinaran cahaya matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of dermatology, sinaran matahari merupakan faktor utama masalah penuaan kulit.

sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang berminyak dan berjerawat, cuba lakukan rawatan peeling atau pengelupasan, pastikan rawatan dilakukan dengan betul bagi memastikan sel kulit mati dapat ditanggalkan dengan sepenuhnya. Lengkapi rutin penjagaan kulit wajah dengan rawatan facial sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Produk yang diperlukan:
* Pencuci wajah yang lembut kandunganya
* pelembap kulit wajah
* Krim pelindung sinaran matahari (sekurang-kurangnya dengan SPF 15)
* Penyegar wajah
* Krim mata

Sumber: Majalah RAPI 15 julai 2009

Jeti Dataran Bengkoka, Pitas

Isnin, 22 Jun 2009
pada hari yang sama kami memancing dan tidak dapat ikan...waktu dalam perjalanan balik ke KOta Kinabalu sempat singgah di Jeti Dataran Bengkoka yang dikatakan pusat pelancongan Pitas yang mendapat peruntukan RM1juta, pemandangan di sini semulajadi indah tapi rasanya kalau mengikut peruntukan RM1juta tu...kemudahan yang disediakan di sini rasanya tidak sampai pun satu per empat dari RM1juta tu....terlalu ringkas, tapi entahlah mungkin tempat ni belum siap dibangunkan...tunggu lah 1 atau 2 tahun lagi.
ada kafeteria di sini, boleh lah menjamu selera. jangan risau yang datang jauh-jauh, ada disediakan makanan di sini dengan syarat bayar lah...hehe

pemandangan di sekitar Jeti bengkoka

cantik kan pemandangan di sini...
rasanya macam mau buat rumah di sini ..hehe

tidak jauh dari jeti ada 1 perkampungan... dan ada jambatan panjang ni, selalu sya nampak dorang jemur ikan bilis di jambatan panjang ni.

sebenarnya sempat juga memancing disini...saja mencuba...dan ini hasil pancingan saya....tidak tau ikan apa tapi terlalu kecil lah..huhuhhu...

ini pula mama yang dapat...heeeee geli... ini belud ka? pergerakkanya memang buat kita rasa geli eh...badan panjang dan licin, macam ular pun ada.

Memancing di Sungai Bengkoka, Pitas

Ahad, 21 Jun 2009
sudah lama tidak pi memancing, baru-baru ini sepupu yang menetap di Pitas (kawin orang sana) call ibu saya. menurut sepupu, baru-baru ni dorang memancing di sungai Bengkoka Pitas banyak konon dorang dapat..telampau "mematuk" dia cakap. apa lagi kami yang memang minat memancing ni macam dipanggila-panggil sja datang pi sana memancing. memandangkan hari ahad tiada apa-apa rancangan, so malam hari sabtu tu kami sekeluarga bersama sepupu kami yang lain bertolak pi Pitas, tidur di rumah sepupu di sana. pagi ahad kami bangun awal...memang besemangat mau memancing hehehe... naik perahu lagi tu, saya tidak berani tapi bila sudah naik di perahu tu...jadi berani pula hehe.

nahh...jangan silap, ini bukan hasil pancingan kami tapi inilah umpan kami, biasa dorang guna umpan udang hidup tapi hari tu udang hidup tiada, jadi guna udang mati sajalah. guna pancing yang gulung di 'gulungan' entah apa nama..sia tidak pandai guna tapi belajar lah guna. 1 ekor ikan pun sia tidak dapat, yang lain ada lah dalam beberapa ekor ikan tapi kecil2. mungkin bukan rezeki kami hari ini, bila sudah rasa panas terik..kami pun pulang. penat juga memancing, sebenarnya penat menunggu ikan makan umpan. mungkin kalau 'mematuk' tidak terasa penat tu hehe. macam tidak puas hati sja..tapi tidak apa lah lain kali kami datang lagi....pasti datang.

p/s: tuliasan sia ni guna bahasa pasar sabah...bahasa gaul bilang indo