Business down...beli baju baru

Rabu, 4 Mac 2009
Sekadar ingin berkongsi cerita dari seorang kawan...ada seorang business man yang sedang bermasalah meminta pendapat "apa ubat kalau kita rasa 'down' bila business ada masalah?"
Cuba petua ini “tukar cat dinding rumah atau ruang pejabat, potong rambut, beli baju warna merah, atau oren, atau hijau, atau kuning, pakai minyak wangi, beli satu buku baru, berkenalan dgn org baru “

pasti ada yang tertanya2...apa kaitan semua ini??

Sebenarnya bila kita dalam keadaan tertekan, kita rasa semua benda disekeliling kita juga memberi ‘energy’ yg menekan, membosankan serta biasa2 saja. Kita akan sentiasa dlm mood yg sama setiap saat. Kecuali kalau kita sendiri mampu mengatasi dan mengawal keadaan. jadi utk menimbulkan mood yg baru dan merubah tanggapan, buat sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Tukar warna cat, atau warna baju, atau pakai minyak wangi baru, baca buku motivasi baru, kenal org baru, semua ni memberi kesan kepada otak kita. Tidak percaya cubalah…
selepas beberapa bulan.. Business man tersebut kelihatan lebih ceria dan bersemangat. Apa dah jadi..? katanya, betullah, bila aku balik aku tengok benda yg sama je.. bosan betul, so aku tukar main wall aku dari putih kepada oren. aku saja tegur pak guard di office aku tu, aku beli buku motivasi baru, semangat aku lainlah, aku susun atur semula ruangan office, aku ambil pen dan kertas, aku duduk sambil cakap, Aku nak idea dan plan utk business aku, entah kenapa macam2 idea datang… aku happy betullah,. Semua yg aku conteng2 tu, aku susun semula ikut keperluan dan sekarang aku tengah dlm track ikut plan aku…terima kasih dgn idea pelik ko ye…
Sebenarnya itu bukan idea pelik, ia sekadar satu turn out ‘sampah/abuk atau apa2 saja gangguan2 minda’ dan ‘turning point’ kepada cara kita mengendali fikiran, yg sudah mula membeku akibat terlalu biasa dgn proses berulang2 yg akhirnya menjadi selesa (comfort zone) yg menyukarkan kita membawa pembaharuan masuk.
sewaktu terjadi situasi yg menggugat emosi dan perasaan,ada masalah perniagaan atau peribadi. Apabila ada sesuatu yg baru, ia seperti pemangkin kepada otak, otak adalah sumber tempat segala maklumat diproses, sebelum semuanya terzahir sebagai tindakan. Jadi, dgn memberi satu inspirasi (ransangan) kepada otak, ia melahirkan sel2 baru yg lebih segar, maka sel2 segar ini adalah dlm keadaan positif dan hasilnya, seluruh anggota tubuh akan merasa cas positif ini, bertenaga, hilang kelesuan, hasilnya anggota ini mampu menzahirkan satu tindakkan lebih baik. jika ada yg kelesuan tubuh, kelesuan minda, kehilangan idea, kebuntuan tindakkan dan cara, cubalah buat satu pembaharuan yang sekadar terdaya dan termampu. Baca buku motivasi baru, jumpa kawan2 baru.. berbual-bual sambil minum secawan kopi… siapa tau boleh membuat kita ceria dan mendatangkan idea baru..

0 ulasan:

Catat Ulasan