Lelaki Buta

Sabtu, 28 Mac 2009
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itujuga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotoryang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Darisitu nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki butatersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannyakepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Sayapesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itumemang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa harikemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekasdipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan paisdan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makanmenu lainnya.
Amin memberikannyakepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,“Bau sudu yang ini sedap juga, sepertihabis diguna untuk makan ayambakar dengan sayur ulam dan sambalbelacan.” Amin mengiyakan dan silelaki buta memesan makanan tersebut.
Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belumada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yangboleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifatnakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanansebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati,kamu usapkan sudu ini diketiak kamu”
“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.
“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengahmemaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” danmenyerahkan kembali kepada Amin.
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki butaitupun menghidu sudu itu, denganmengernyitkan keningnya, lelaki butatersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja disini……. boleh saya jumpa dia”

Dilarang berenang

Jumaat, 27 Mac 2009
Seorang gadis berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, ‘Wahai Cik Adik! Tak dibenarkan berenanglah! Cik Adik tidak dibenarkan berenang dalam kolam ni!’
Gadis tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. ‘Kenapa tak larang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?’ soal gadis tersebut.
‘Memanglah, kat sini tak dibenarkan berenang, tetapi Cik Adik tak dilarang untuk tanggalkan pakaian,’ jawab pemilik dusun dengan selamba.

Botol Antik Amsterdam, Belanda - Erven Lucas Bols

Khamis, 26 Mac 2009

Botol antik ni berasal dari Amsterdam, Belanda diperbuat daripada tanah liat (clay). Pada botol tersebut terdapat tulisan ERVEN LUCAS BOLS HET LOOTSJE AMSTERDAM seperti yang dilihat pada gambar kedua. Erven Lucas Bols adalah nama sebuah syarikat/perusahaan minuman alkohol yang dipercayai ditubuhkan pada tahun 1575 di Holland kemudian berpindah ke Rotterdam pada tahun 1869 dan botol dalam gambar ni dikatakan telah dikeluarkan diantara tahun 1815-1869. Bererti usia botol ini sudah lebih dari 100 tahun...
Botol ini disimpan oleh bapa sy.

Pakar bedah dan pesakit

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.
Pakar bedah pertama berkata, “Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan.”
Pakar bedah kedua menjawab, “Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna.”
Pakar bedah ketiga menyambut, “Ohh… tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.”
Pakar bedah keempat pula bersuara, “Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.”
Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, “Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah.”

Menjerit Bersama

Rabu, 25 Mac 2009



Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..
“Tolong, Tolong”
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata..
“Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama”
“Ya.. Idea yang sangat bagus” jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit
“Bersama ! Bersama!”

200 Helai...!!

Ahad, 15 Mac 2009
Rindu dengan blog ni, tempat saya menulis apa saja yang saya mau (tiada konsep tertentu). kebelakangan ni agak sibuk sedikit. hari ini curi masa sedikit untuk menulis di blog. Tadi ada seorang pelanggan berminat dengan pakaian yang saya jual di internet. setelah menerangkan serba sedikit tentang pakaian tersebut, beliau berpuas hati dan bersetuju untuk membeli...tapii!!! dia memesan 200 helai sebab dia pun seorang peniaga dan berminat untuk menjual pakaian tersebut di kedai beliau dan dia sebenarnya dari Nigeria. dia suruh saya kira semua kos penghantaran dan harga 200 helai baju tersebut. Terkejut juga sebab saya bukan supplier/ pembekal.. hehe saya bagitau dia keadaan sebenar dan sebenarnya cuma ada 1 helai ja baju tu. setelah dia berfikir, dia tetap ingin membeli satu helai yang ada tu,mungkin untuk kegunaan sendiri atau untuk dihantar ke kilang dan buat baju yang serupa sebanyak 200 helai, itu saya tidak tau.. sekarang saya pening mau kira kos untuk penghantaran...sebab kos hantar berpuluh kali ganda lebih mahal daripada harga beju tu sendiri. tapi kalau dia setuju bayar...No Problem, saya hantar sija :D

Takziah..

Saya sangat terkejut menerima sms dari kawan study dulu yang mengatakan seorang kawan kami yang agak rapat masa study di Universiti telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, ,mendiang merupakan seorang guru di smk lok yuk Kudat. saya termenung 1 hari, macam tidak percaya, masih ingat lagi masa mula-mula masuk 1st year, ingat lagi lawak-lawak mendiang ... umur belum sampai 30 tahun....tiada siapa boleh menolak ajal. Takziah untuk keluarga mendiang dan semoga seluruh ahli keluarga mendiang mendapat kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang tanpa mendiang.

"Boleh Kami makan gaji?"

Rabu, 11 Mac 2009
Baru-baru ini ibu saya ada pi jual kain di tamu telipok. sudah menjadi kebiasaan beliau jual kain di mana-mana tamu kawasan kudat, KK, Tamparuli, Kundasang dan kadang-kadang Pitas. Hari khamis yang lepas, Tamu di Telipok, selepas tamu lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, biasanya semua peniaga akan berkemas-kemas untuk pulang rumah. Demikian juga ibu saya, semasa berkemas-kemas dan memasukkan semua barang jualan dalam bungkusan, tiba-tiba ada dua orang kanak-kanak kecil lungkungan umur 7-9 tahun datang dan berkata:
"makcik boleh kami makan gaji di sini?"
sebenarnya tidak banyak kerja yang perlu dilakukan bahkan tidak perlu menggaji orang sebab ibu saya berniaga bukan secara besar-besaran...tapi sebab kasihan, ibu saya pun berkata ... "boleh, tolong bawa barang-barang masuk dalam van saja lah"
Bersunguh-sungguh dua orang kanak-kanak itu buat kerja, sekejap ja siap. Sempat lagi ibu saya tanya, biasanya kamu buat apa? dorang cakap dorang selalu tolong peniaga kasut di tamu untuk jual dan susun-susun kasut/sandal, 1 hari...diberi RM2.50 sahaja...
Senang hati betul budak-budak tu, lepas dapat gaji angkat barang, ibu saya bagi lagi sehelai seluar setiap seorang.
Nanti bila dorang dewasa, pengalaman ini sangat berharga bagi dorang. walaupun susah tapi mereka tidak mencuri...

Elak badan berasid

Selasa, 10 Mac 2009


Simptom/ tanda badan berasid:

  • tidak bermaya selepas bangun dari tidur pagi
  • imsomnia/ sukar tidur
  • rasa letih sepanjang hari
  • kurang sabar, tergesa-gesa
  • emosi tidak stabil/ mudah marah
  • mudah mendapat penyakit kulit
  • mudah demam/ selesema
  • tekanan darah tinggi/ rendah
  • penyakit hati
  • diabetes, buah pinggang, gout
  • gemuk, gastrik, alahan, sembelit
  • asma
  • kurang selera makan
  • usi mudah berdarah
  • luka mudah bernanah

Elakkan badan berasid dengan mengawal tahap pH darah, kekalkan tahap kesihatan.

Makanan yang menandungi asid berlebihan adalah makan berprotein seperti ikan, daging, telur, siput dan sebagainya. Dadah, alkohol, rokok, minuman ringan, makanan berminyak dan makanan manis juga adalah makanan berasid tinggi.

Jika darah beracun asid, badan perlukan alkali (seperti kalsium, potassium dan magnesium) untuk menjadi neutral. Elakkan mengambil makanan diproses kerana ia bersifat asid (mengandungi msg, pewarna dan aspartame). Seimbangkan pengambilan makanan 75% (alkali) + 25% (asid)

Contoh makanan beralkali: susu, kacang soya (paling tinggi kandungan alkali), buah, sayuran, rumput, bijirin dan herba.

Tips:

  • Rendam makanan yang membentuk kandungan asid seperti bijirin kekacang sebelum masak untuk menggalakkan percambahan (dialkalikan)
  • Elak minum ketika makan
  • kunyah makanan sebelum telan
  • amalkan meminum apple cider venegar (cuka apple)

10 Makanan Top

Isnin, 9 Mac 2009

  1. TIRAM (tinggi kandungan zink) - sebagai antioksidan, pertumbuhan sel, memulihkan sel-sel otot, zink yang cukup boleh mengelakkan kanser prostat

  2. PISANG (kaya potassium, magnesium, B6) - meningkatkan tenaga, mengawal stress, degupan jantung dan tekanan darah
  3. Saiz fon
  4. LEMAK IKAN (sumber asid lemak omega-3, vitamin D) - baik untuk jantun, darah dan tahap imun badan

  5. BUAH BERI ATAU CERI (flavonoid dan anthocyanin) - sebagai antioksidan dan baik untuk otak

  6. SAYURAN MERAH-JINGGA (Vitamin C, beta carotene dan potassium) - sebagai antioksidan, melindungi dan menyihatkan sel kulit. lada merah, labu, kentang manis dan lobak tergolong dalam sayuran ini

  7. STANOLS (buah-buahan dan sayur-sayuran,jus buah dan sayur, yogurt) - merendahkan tahap kolestrol

  8. KACANG BRAZIL (magnesium, selenium) - antioksidan

  9. BIJIRIN (sumber fiber, vitamin, mineral) - contohnya oatmeal, barli, kacang. cadangan hidangan 10-20gm sehari

  10. BROKOLI (vitamin C, beta carotene, patassium, antikanser/ phytochemical/ sulphoraphane prostat dan kolon) - cadangan pengambilan 5 kali seminggu. sayuran kategori bunga mengurangkan risiko kanser

  11. SOYA (isoflavones, Lesitin, asid amino) - baik untuk jantung, mengurangkan paras kolestrol, menyahtoksin dan meningkatkan imunisasi badan

sumber: Majalah Maskulin

Lagu paling popular di dunia

Lagu ucapan selamat menyambut harijadi "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. Namun tahukah anda, bilakah lagu "paling popular di dunia," sepanjang zaman ini dicipta? Dan siapakah penciptanya?

Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to ....................Selanjutnya..

Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama. Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the Kindergarten" pada tahun 1893.31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut. Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, "Good Morning to All", kepada "Happy Birthday to You."Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman. Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka.

Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica).Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta.Dalam tahun 80an, lagu "Happy Birthday to You" dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.

Facial treatment ( Do it Yourself)

Pasti ramai di antara kita yang sangat mementingkan penampilan diri dan salah satu rutin hampir setiap wanita bahkan lelaki untuk menjaga penampilan dan kesihatan kulit ialah melakukan rawatan kulit muka (facial treatment). Biasanya kita akan keluarkan belanja untuk buat facial di Salun kecantikkan. Di sini ada satu cara mudah membuat rawatan kulit muka di rumah, anda boleh lakukan sendiri di rumah. Jimat RM50.00 :)

Berikut adalah cara-caranya:
  • Cuci muka pakai facial cleanser yang biasa kita gunakan setiap hari

  • wapkan muka. caranya, isi air panas(jangan terlalu panas) ke dalam sebuah bekas, perahkan jus lemon/limau nipis atau letak beberapa titik cuka epal (apple cider vineger) untuk dapatkan aroma selain berfungsi membersihkan liang-liang roma. Halakan muka ke arah air panas tadi dan tutup kepala guna kain agar air tidak cepat sejuk. wapkan selama lebih kurang 5-10 minit

  • Sapu masker mengikut jenis kulit. Untuk jenis kulit combination (berminyak di T-zone dan kering/normal di bahagian lain), gunakan masker jenis mud (mud mask) di bahagian T-zone dan sapu yogurt tanpa perisa(plain yogurt) di bahagian lain.

  • biarkan selama 10-15 minit. kemudian bilas menggunakan air

  • wapkan muka sekali lagi

  • Kemudian Scrub muka. Jangan scrub di bahagian kulit kering atau berjerawat. 5-10 minit kemudian bilas

  • Sapu Ais pada kulit muka untuk menutup balik liang roma (pores) yang terbuka semasa proses wap. boleh juga gunakan gel mask yang diletak dalam peti ais

  • Kemudian gunakan toner dan moisturizer

Siap! sekarang rasa lebih segar.... :)

Kemalangan Jalan Raya

Ahad, 8 Mac 2009

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhuyung hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun.

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

“Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”
Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

Perompak bas Kilang


Suatu hari, sebuah bas kilang yang membawa pekerja wanita sedang menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..
Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..
Sorang perompak berkata.. "Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!”
Sorang pekerja kilang tu membalas "..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je..”
Perompak berfikir seketika “Ha..gini la..sebab korang takder barang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..hahahhaa..”
Pekerja kilang yang muda berkata " Alalaa…takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..”

Tetiba..makcik tu berdiri " Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA lah..”

Business down...beli baju baru

Rabu, 4 Mac 2009
Sekadar ingin berkongsi cerita dari seorang kawan...ada seorang business man yang sedang bermasalah meminta pendapat "apa ubat kalau kita rasa 'down' bila business ada masalah?"
Cuba petua ini “tukar cat dinding rumah atau ruang pejabat, potong rambut, beli baju warna merah, atau oren, atau hijau, atau kuning, pakai minyak wangi, beli satu buku baru, berkenalan dgn org baru “

pasti ada yang tertanya2...apa kaitan semua ini??

Sebenarnya bila kita dalam keadaan tertekan, kita rasa semua benda disekeliling kita juga memberi ‘energy’ yg menekan, membosankan serta biasa2 saja. Kita akan sentiasa dlm mood yg sama setiap saat. Kecuali kalau kita sendiri mampu mengatasi dan mengawal keadaan. jadi utk menimbulkan mood yg baru dan merubah tanggapan, buat sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Tukar warna cat, atau warna baju, atau pakai minyak wangi baru, baca buku motivasi baru, kenal org baru, semua ni memberi kesan kepada otak kita. Tidak percaya cubalah…
selepas beberapa bulan.. Business man tersebut kelihatan lebih ceria dan bersemangat. Apa dah jadi..? katanya, betullah, bila aku balik aku tengok benda yg sama je.. bosan betul, so aku tukar main wall aku dari putih kepada oren. aku saja tegur pak guard di office aku tu, aku beli buku motivasi baru, semangat aku lainlah, aku susun atur semula ruangan office, aku ambil pen dan kertas, aku duduk sambil cakap, Aku nak idea dan plan utk business aku, entah kenapa macam2 idea datang… aku happy betullah,. Semua yg aku conteng2 tu, aku susun semula ikut keperluan dan sekarang aku tengah dlm track ikut plan aku…terima kasih dgn idea pelik ko ye…
Sebenarnya itu bukan idea pelik, ia sekadar satu turn out ‘sampah/abuk atau apa2 saja gangguan2 minda’ dan ‘turning point’ kepada cara kita mengendali fikiran, yg sudah mula membeku akibat terlalu biasa dgn proses berulang2 yg akhirnya menjadi selesa (comfort zone) yg menyukarkan kita membawa pembaharuan masuk.
sewaktu terjadi situasi yg menggugat emosi dan perasaan,ada masalah perniagaan atau peribadi. Apabila ada sesuatu yg baru, ia seperti pemangkin kepada otak, otak adalah sumber tempat segala maklumat diproses, sebelum semuanya terzahir sebagai tindakan. Jadi, dgn memberi satu inspirasi (ransangan) kepada otak, ia melahirkan sel2 baru yg lebih segar, maka sel2 segar ini adalah dlm keadaan positif dan hasilnya, seluruh anggota tubuh akan merasa cas positif ini, bertenaga, hilang kelesuan, hasilnya anggota ini mampu menzahirkan satu tindakkan lebih baik. jika ada yg kelesuan tubuh, kelesuan minda, kehilangan idea, kebuntuan tindakkan dan cara, cubalah buat satu pembaharuan yang sekadar terdaya dan termampu. Baca buku motivasi baru, jumpa kawan2 baru.. berbual-bual sambil minum secawan kopi… siapa tau boleh membuat kita ceria dan mendatangkan idea baru..

Soup For The Soul

People say i am crazy, but no one can achieve anything without a dream. When you build a house , you can't just assemble a bunch of bricks and mortar, you must first have the idea that it can be done. If one going to make headway against poverty, one cannot do business as usual. One must be revolutionary and think the unthinkable

Cerita di balai polis

Hari ini temankan mama pi balai polis, ada urusan sikit. masa tunggu giliran, ada seorang perempuan tua sedang buat laporan polis dia cakap tong gas dia kena curi lepas tu tidak berapa dengar butiran laporan dia yang lain. mula-mula rasa lucu juga. Lepas dia buat report, saya ambil kesempatan lah becerita dengan makcik tu,dia bagitau lah sebenar rumah dia dimasukki pencuri masa dia tiada di rumah, banyak barang dia hilang termasuk tong gas, tempat masak air, kipas, TV singer(besar lagi tu dia bilang), beg dan beberapa barang lain, ini kali kedua kejadian ini berlaku..rasa kesian pula dengan makcik tu, sudahlah dia orang tua, dia tinggal sorang diri di rumah tu, sekarang semua barang keperluan dia pula hilang, macamana lah dia nanti. mesti dia susah hati sekarang tu.

Ikan Peliharaanku..













Rindu dengan ikan-ikan ni. yang ni ikan Pearl arowana atau kelisa mutiara. ikan ni sangat sensitif dan pemalu hehehe, kalau ada orang yang dia tidak biasa (bukan tuan dia) datang dekat-dekat akuarium dia, dia macam gelisah, lompat sana sini, langgar dinding dan tutup akuarium sampai sisik pun tertanggal dan hujung ekor pun pecah-pecah. pernah putus dua sesungut yang di depan mulut tu hehe, nasib baik pandai tumbuh balik. cantik ikan ni berenang walaupun muka dia garang. pernah ikan ni sakit beberapa kali, letak ubat 2, 3 hari sembuh juga dia. Ada satu kali ikan ni salah telan makanan mungkin terlalu gelojoh, jadi makanan sangkut. badan dia jadi bongkok..berenang pun macam menonggeng, ekor dia naik ke atas, tidak cantik lagi. terpaksa buang air, kasih tinggal sikit ja, supaya dia paksa badan dia lurus balik. kesian juga. kalau tidak paksa nanti biasa pula bengkok.







Yang ini ikan Golden Gourami spesis ikan kalui, yang di atas sikit tu yang bercahaya warna dia pun spesis kalui, blue gourami nama dia, tapi jenis yang blue tu tidak membesar, jenis yang golden gourami ni boleh membesar. Saya suka warna dia putih dan ada macam pink sikit. ikan ni jinak sangat, pantang tunjuk jari di akuarium, dia kejar jari kita. ikan ni pun pernah sakit, badan jadi merah dan mata dia jadi berkabut, nasib baik lepas letak ubat, dalam beberapa hari dia sembuh. Selamat ikanku..












hehehe...ni anak ikan guppy, gambar mama guppy sudah hilang jadi anak-anak dia saja lah yang ada ni. Terlalu kecil kan? sebab ikan-ikan ni baru lahir. kasi pindah p tempat lain sebab takut nanti ikan yang besar pi makan. ikan ni cute sebab ekor dia kembang dan berwarna-warni, suka berenang di permukaan air, suka main di tempat yang ada arus (lawan arus), tapi kalau arus terlalu kuat pun tidak boleh sebab ikan ni jenis dia memang kecil. Ikan ni memang cepat membiak.

sebenarnya ada lagi satu jenis tapi gambar tidak jelas..entah ikan apa, warna dia hitam + oren, penjual ikan tu cakap dari thailan. ikan tu kecil belum besar lagi, macam ikan koruk saja tapi..ya ampun, pernah saya letak anak-anak ikan koi dalam akuarium yang sama dengan ikan hitam oren ni, ingatkan mau kasi besar-besar dulu baru kasi asing, begitu banyak anak ikan koi, sekali cek tinggal sikit, rupanya kena makan oleh ikan hitam oren tu, kedapatan lagi sebab nampak tu ekor anak ikan koi di ujung mulut ikan hitam tu, belum telan habis.
OK, itu saja lah cerita ikan-ikan peliharaan yang dirindui.. Tertinggal di Semenanjung..

Permulaan..

Tidak tau mau buat apa di blog sendiri, menyibuk pula di blog orang lain. macam-macam jenis blog saya jumpa, ada blog cerita peribadi, perjalanan hidup, blog perniagaan, blog cerita-cerita politik dan macam-macam lagi. apa pun bentuk, jenis dan konsep blog, tidak kira siapa penulisnya, rasa seronok pula mengikuti blog orang lain. di samping mengisi masa lapang, kadang-kadang terhibur juga lah,kadang-kadang dapat juga pengajaran dari pengalaman orang lain. Banyak juga informasi berguna, dapat tambah pengetahuan yang membuat otak kita jadi makin canggih (ini pinjam kata-kata seorang tokoh negara yang saya kagumi juga) selain dapat menambah kawan-kawan.

Hari ini dapat deal dengan satu pembeli, bukan lah secara besar-besaran, tapi buat permulaan, ini macam satu motivasi untuk diri sendiri. Ada orang cina cakap "memang penting kita buat research, kita belajar, cari pengetahuan sana sini, cari lokasi, cari modal bahkan kebanyakkan orang buat loan dari bank atau dari sumber lain untuk memulakan perniagaan. Orang cina berani memulakan perniagaan tanpa modal yang besar apalagi pegetahuan dalam bidang perniagaan" katanya lagi "sebab pengetahuan dan kemahiran dapat dipelajari semasa menjalankan perniagaan". Bila difikir-fikir, macam saya suka pula pendapat tu, ya lah practice make perffect kan, bukan sedikit orang kita yang berminat dalam bidang perniagaan ini tetapi tidak berani memulakan dengan alasan belum cukup bersedia dari segi pengetahuan dan modal, takut tidak maju. Kalau tunggu sampai bersedia, memang susah memulakan langkah pertama. bukan maksud saya langsung tidak perlukan modal atau pengetahuan tapi..kita boleh mulakan dengan apa yang kita ada, mulakan secara kecil dan sederhana tidak menjadi kesalahan, malah lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa. Tidak mustahil boleh berkembang seperti kisah Hypermarket Giant (pasti semua orang tau ni) yang sekarang ada banyak cawangan di seluruh negara, siapa sangka ia bermula dari sebuah kedai runcit kecil sahaja.

MEMANG SUSAH UNTUK MEMULAKAN SESUATU TETAPI BUKAN PERMULAAN YANG PENTING MELAINKAN PENGAKHIRAN SESUATU....only an opinion.

Berjinak-jinak dengan blog..

Sebenarnya sudah lama mau buat blog tapi tiap kali buat...mesti malas update. kali ini mau berjinak-jinak dulu dengan blog...
Macam biasa lah ni hari di rumah ja, buat kerja-kerja di rumah dan surf internet. memandangkan kepala pening hari ni jadi masa untuk surf internet tu dikurangkan...rehatkan mata, otak dan badan lah katakan. 1 hari ni rehat lah konon, lepas kawan di Singapore call tadi jam 12.30am baru on pc cek email, wah ada orang mau beli baju yang sia iklan di mudah. syukurlah rezeki tu...

Nak dijadikan cerita, sia heran betul apa penyakit sia sekarang ni, kulit gatal-gatal, tidak pernah pun macam ni sepanjang hidup sia, ni lah pertama kali. bulan Disember 2008 yang lepas..baru dekat 2 bulan lah, sia kena cacar air..adoi sengsara. bila dah dewasa macam ni baru kena cacar ... parut pun lambat hilang, biasalah kulit pun bukan kulit budak..kulit badak.... collagen kurang hehe...baru mau sembuh cacar, kena pula gatal-gatal kulit... adei sengsara. ada 1 minggu lebih kulit bengkak-bengkak terutama di muka, mata dan telinga, macam bukan muka orang. pi hospital Queen, kena suntik dua jenis ubat...wah macam mau nangis tengok jarum tu masuk di kulit pergelangan tangan, sudahlah besar, ubat cecair yang di kasi suntik pun banyak.. kalu di bahu buli tahan lagi, ni pergelangan tangan. kalu sia tidak malu, sia nangis sudah uwaaaa.. sudah kena suntik harap2 hilang lah gatal dan bengkak tapi meleset, ada juga beberapa hari bengkak2 kulit termasuk muka, ngam2 kena time chinese new year (sia celebrate CNY sebab bapa sia chinese kan hehe), balik pi sandakan jumpa saudara sebelah bapa di sana...malu eh, sia rasa ganjil betul muka sia..nasib boleh buka lagi mata sikit-sikit. telampau bengkak bah. so kena lah sia pantang makan itu ini. balik KK (sia tinggal di KK) keluarga sebelah mama datang, jumpa lah makcik, pakcik, sepupu, kawan2.. mesti tanya kenapa muka sia. boring juga. tapi apa buli buat. lepas saudara mama pulang kampung, pi farmasi lagi beli ubat untuk kulit ni. wah... ubat ni kira ok juga lah, dia bagi 2 ubat minum dan 1 ubat sapu. 1 ja sia tau ada ubat piriton. berkesan juga lah.. bisuknya hilang sudah bengkak. ok lah dalam 1 minggu. sekarang tidak bengkak lagi...tapi masih gatal. adoii apalah penyakit aku ni...