Hidup ini satu perjalanan....

Isnin, 31 Ogos 2009

Hidup ini, suatu perjalanan..

Di penghujungnya, ada kekekalan..

Yang bagi manusia,

terbuka tanpa rasa takut untuk kecewa,


Hidup ini lembaran waktu,

Yang harus kita tulis dengan kebenaran,

Pada akhirnya, hanya ada 2 tujuan,

Surga atau kecewa..

Makanan boleh mempengaruhi kesihatan kulit

Ahad, 30 Ogos 2009

Keanjalan, kelenturan dan kesegaran kulit setiap individu dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya pemakanan yang sihat, penjagaan yang rapi dan bekalan vitamin yang mencukupi. Selain itu ada beberapa faktor lain untuk membentuk kulit yang sihat.


Namun begitu kalau pada kulit anda terpamer beberapa tanda seperti kulit kering, kusam atau kulit berlapis-lapis, itu menandakan ada yang tak kena pada kulit tubuh anda. Apa yang terlihat pada kulit anda adalah petunjuk daripada apa yang sedang terjadi dari dalam tubuh anda.


Jika kulit kusam, kering dan berlapis-lapis, itu menunjukkan anda makan terlalu banyak pati asid lemak yang terkandung dalam jenis ikan tertentu, biji-bijian dan kekacang.


Kehilangan kelembutan kulit biasanya disebabkan oleh oksida, bahan kimia yang etrdapat dalam kotoran, asap rokok, makanan bergoreng dan pengaruh sinar matahari yang merosakkan struktur kulit.Disini terdapat lima masalah kulit dan cara merawatnya secara semula jadi;


1) Memelihara Elastis

Kelenturan kulit akan menurun akibat dua komponen; kolagen dan elastin.

Kolagen membentuk struktur kulit. Elastin pula terbentuk dari balutan serat yang boleh menghilangkan elastin secara semula jadi atau kerosakkan.


Kehilangan kelenturan kulit terjadi setelah melalui proses penuaan dan oksida. Ia adalah kerosakan struktur pada kulit oleh bahan kimia atau faktor persekitaran seperti pencemaran, asap rokok, makanan bergoreng dan pengaruh matahari ketika ia bereaksi dengan oksigen dalam darah.


Kerana faktor ini juga menyebabkan kulit perokok kelihatan lebih kusam berbanding mereka yang tidak merokok.Untuk menjadikan kulit ealstis, cubalah jangan merokok.


Banyakkan makanan anti oksida yang terdapat dalam lobak merah, tomato, tembikai dan avokado.


2) Mengelakkan Kulit Kering

Kulit yang gatal, berlapis-lapis serta radang, menunjukkan anda terlalu banyak makan makanan yang mengandungi pati asid lemak. Kulit yang sihat hanya memerlukan 15 peratus pati asid lemak.


Makanan yang banyak mengandungi pati asid lemak terdiri dari minyak Omega 3. Antara ikan yang mengandungi minyak ini adalah ikan sardin.


3) Mencegah Kulit Berminyak

Kulit berminyak disebabkan oleh perubahan hormon sepanjang tempoh pusingan menstruasi dan juga stress. Ketika seseorang berada dalam keadaan stress, adrenal terangsang dan memproduksi lebih banyak sebum-partikel minyak yang membantu kulit agar lembut dan bebas bakteria. terlalu banyak sebum menyebakna terlalu banyak minyak yang beredar pada kulit.


Untuk mengurangkan pengaruh stress dan perubahan hormon pada kulit berminyak, kurangkan makan makanan bergoreng atau lemak tepu yang terdapat dalam makanan seharian dan daging. Untuk menggantikannya cubalah makan buah-buahan segar dan sayuran yang dikukus.


4) Mencegah Kulit Pucat

Sekiranya kulit anda kelihatan pucat, ia mungkin disebabkan oleh tubuh anda kekurangan zat besi. Hampir lapan peratus wanita mengalami kekurangan zat besi. Sumber terkaya zat besi adalah daging merah, tuna dan sardin.


5) Merawat Jerawat

Walaupun jerawat sering dikaitkan dengan remaja kerana faktor perubahan hormon, namun jerawat sebenarnya ada kaitan dengan stress. Anda boleh mengubati jerawat dari dalam. Kekurangan pati lemak dikatakan sebagai faktor terjadingan jerawat. Ini kerana lemak tersebut penting untuk mambran sel kulit bagi mengatur keseimbangan hormon. Kulit yang bersih memerlukan bekalan zat yang cukup untuk mengawal dan memperbaiki kulit.

Ikan: Makanan sihat untuk Otak

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kita mungkin telah terlalu kerap diberitahu bahawa ikan adalah makanan yang baik untuk otak. Selain itu juga dinyatakan mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung atau mengurangkan pertumbuhan cancer payudara. Ini kerana ikan dikatakan mengandungi lemak yang amat berkhasiat untuk tubuh.


Barangkali anda tidak terlalu mengenal jenis lemak seperti ini. Asid Lemak Omega-3 yang ternyata juga berkhasiat untuk mencegah depresi.beberapa pakar pemakanan telah meninjau mengenai kebiasaan memakan ikan pada kebanyakan orang dan mereka membuat kesimpulan bahawa semakin banyak seseorang itu memakan ikan, semakin kecil risiko mereka terkena depresi.Pakar-pakar ini juga merujuk pada hasil penyusunan lapisan lemak di dalam otak yang terdiri dari Omega-3s. Antara ikan yang mengandungi banyak lemak-lemak ini adalah ikan salmon dan ikan tuna.


Jika kebetulan anda suka makan ikan ini, ada dua kebaikan yang anda perolehi iaitu memiliki otak yang sihat dan dikatakan mampu memperbaiki " Mood " anda..
Jumaat, 28 Ogos 2009

Fakta gula

Badan tidak memerlukan gula yang berlebihan untuk berfungsi sihat dan normal. Sistem badan bertindak menukar makanan karbohidrat seperti nasi, roti, ubi don mee menjadi gula/glukos untuk kalori (tenaga) seharian. Gula hanya membekalkan kalori (tenaga) dan tidak mengandungi zat-zat makanan lain yang lebih berkhasiat. Terlalu banyak gula dikaitkan dengan kerosakan gigi. Terlalu banyak gula juga dikaitkan dengan kegemukan yang menambah risiko penyakit kencing manis. Kurang tenaga atau lemah badan tidak semestinya disebabkan oleh tidak memakan gula.


Mengesan gula dalam makanan dan minuman

Kebanyakan kita makan berlebihan gula. Kita tidak menyedari perkara ini kerana is tersembunyi disebalik makanan dan minuman seperti: 1. Minuman ringan, oren campur, manisan dan minuman bergas. 2. Gula-gula, coklat dan lollipop. 3. Susu manis, aiskrim dan jem. 4. Kuih-muih, kek, biskut, donat clan bingka


Tip mengurangkan gula

Tukarkan tabiat minum sirap atau oren campur selepas makan kepada minum air kosong. Kurangkan atau elakkan gula dalam minuman. Hidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Bertukur kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, ubi, roti paun, bun. Kurangkan susu manis atau bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim. Kurangkan minuman malt atau coklat.

Kurangkan Garam

Khamis, 27 Ogos 2009
Fakta garam
"Sodium Chloride" (NaCl) atau Natrium Klorid adalah nama lain untuk garam. Badan memerlukan sedikit garam sahaja (1 sudu teh sehari) untuk berfungsi secara normal. Terlalu banyak garam dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada strok/ lumpuh, masalah buah pinggang atau penyakit jantung. Sodium atau Natrium dalam darah bertindak seperti span, penghisap air ke dalam badan dan menaikkan tekanan darah seluruh badan.

Mengenali garam dalam makanan
Kebanyakkan kita makan berlebihan garam, kita tidak menyedari perkara ini kerana garam tersembunyi, disebalik makanan-makanan lain seperti: Ikan masin, telur masin, sayur masin. Makanan-makanan diproses dan diawet seperti makanan dalam tin. Bahan perasa lain seperti serbuk perasa (MSG), kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, kiub perasa dan bumbu dalam mee segera. Makanan segera seperti kentang goreng, keropok, keju, burger dan sosej.

Mengesan garam
Biasakan membaca label makanan sebelum membeli. Ramuan yang awal disenaraikan ialah yang terbanyak dalam makanan itu. Lain-lain bentuk garam termasuk: Monosodium Glutamate (MSG), Sodium Bicarbonate atau baking soda, Sodium Citrate, Sodium Inosinate dan lain-lain berasaskan Sodium atau Natrium.

Kurangkan garam lebih lazat
Sedikit demi sedikit kurangkan garam dalam masakan anda. Kurangkan bahan yang banyak garam dalam masakan anda. Kurangkan tabiat suka menambah kicap, sos cili, sos tomato dalam hidangan anda. Sedikit demi sedikit hentikan penggunaan serbuk perasa. Bertukar kepada rempah, daun sup, daun bawang, daun ketumbar, pasli, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan perasa-perasa asli untuk menyedapkan masakan.

Snek lebih sihat
Tukarkan tabiat suka makan keropok, kuaci, mee segera, kacang goreng, jeruk, samboi, coklat don seumpamanya Kepada Buah-buahan segar, ubi rebus/ panggang, kacang rebus/panggang, jagung, roti, bun atau sandwich.

Kurangkan Lemak

Rabu, 26 Ogos 2009

Lemak sumber kalori terbanyak. Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukkan yang juga dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.

Fakta lemak

Tanpa disedari, hampir semua makanan harian kita banyak mengandungi lemak seperti:

1. Makanan yang mengandungi lemak semulajadi: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan dan krim.
2. Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak: Kuih muih, karipap, roti canal, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng dan mayonis.

Walaupun ada beberapa jenis lemak, semuanya boleh menyebabkan kegemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awda. Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan:

Lemak tepu
Lemak tepu ialah se jenis lemak yang men jadi beku dan keras dalam suhu bilik. Sumber utama adalah hasil haiwan dan sebahagian hasil tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit. Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambahnya paras kolesterol di dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

Lemak tidak tepu
Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama adalah hasil tumbuhan dan ianya terbahagi kepada 2 jenis: -
1. Mono tidak tepu: minyak zaitun, canola
2. Poll tidak tepu: minyak jagung, soya, bunga matahari dan marjerin lembut

Bertukarlah kepada minyak jenis ini didalam masakan tetapi gunakan secara sederhana.

Masakan sedap kurang lemak
1. Buangkan lemak sebelum memasak.
2. Kurangkan minyak dan lemak semasa memasak. Siut dan buang lemak beku dari sup atau masakan.
3. Ubahsuai resipi:
- kurangkan atau elakkan membubuh santan atau kerisik
- tambah sayuran dan kekacang - kurangkan daging
- gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa
4. Amalkan cara masakan seperti: Rebus, kukus, pals, panggang, ampap, tumis, "microwave", "pressure cooker".
5. Kurangkan mentega, marjerin dan mayonis dalam sandwic, digalakkan membubuh hirisan timun, tomato dan salad.

Pilihan bijak kurang lemak
1. Bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim.
2. Bertukar kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, roti paun.
3. Bertukar menu kepada ayam dan ikan.
4. Bertukar kepada salad dan ulam.
5. Bertukar kepada ubi rebus atau kukus.

Panduan pemakanan untuk kesihatan

Selasa, 25 Ogos 2009

Panduan pemakanan


Makanlah berjenis makanan dari setiap kumpulan mengikut kuantiti yang disarankan. Nikmati Iebih makanan jenis kekacang dan bijiran.


Amalkan 2-3 sajian sayur-sayuran, ulam ulaman dan 2-3 sajian buah-buahan setiap hari.


Kurangkan masakan berlemak dan berminyak; Banyakkan masakan berebus dan berkukus.


Amalkan sajian kurang masin dan kurang manis.


Anak damit mendapat pemakanan yang terbaik dari susu ibu. Nikmati pemakanan seimbang disamping bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.


Pilih jenis makanan berikut


Buah-buahan dan sayur-sayuran


Makanan ini membekalkan vitamin, galian dan serabut yang mana adalah penting untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit.


Sayur-sayuran


Makan dengan banyak, sekurang-kurangnya semangkuk atau lebih pada waktu makan tengahhari/malam.


Buah-buahan


Makan 2-3 jenis setiap hari (bersema kulit jika dapat dimakan) Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.


Nasi dan bijiran


Makanan ini mengandungi vitamin, galian, serabut dan tenaga. Makanlah dengan sederhana setiap hari tapi elok memilih makanan yang banyak mengandungi serabut seperti beras merah, roti dan biskut mil penuh, amping bijiran dan ubi.


Ikan, daging dan hasil tenusu


Makanan ini mengandungi zat protein ianya penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Ikan, ayam, daging, kacang pis, kacang dahl, kacang soya makan satu hidangan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Telur dan hasil tenusu: 2-3 kali dalam seminggu. Susu : Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak sebaik baiknya meminum 3 gelas sehari. Kanak-kanak hendaklah minum 2 gelas setiap hari.


Lemak, garam dan gula


Bahan-bahan ini menambahkan kelazatan di dalam makanan tetapi gunakan sedikit sahaja dalam makanan dan minuman.


Ingat selalu


1) Jangan meninggalkan sarapan pagi setiap hari.

2) Elakkan makanan ringan dan jika awda berkeinginan makan, pilih buah-buahan segar atau minuman tanpa gula.

3) Kurangkan garam, kicap atau sambal dalam masakan.


Jika berat badan anda berlebihan


Selain daripada mengamalkan cara permakanan sihat, awda perlu:

1) Elakkan gula, manisan, oren campur, minuman bergas dan kuih-muih.

2) Kurangkan makanan berlemak, berminyak atau bergoreng

3) Hadkan penggunaan mentega/marjerin.

4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5) Kurangkan memakan nasi, roti atau bijiran. Pilih jenis mil penuh.

6) Mengamalkan bersenam setiap hari.

10 cara tingkatkan daya ingatan

Isnin, 24 Ogos 2009

Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang. Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya.


Disini disenaraikan 10 perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik.




  1. Kacang Soya--- Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori


  2. Zat Besi--- Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak


  3. Kopi--- Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein


  4. Latihan Mental--- Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.


  5. Latihan Fizikal--- Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.


  6. Mengunyah Gula-Gula Getah--- Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.


  7. Ginkgo Biloba--- Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.


  8. Minyak Ikan--- Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.


  9. Rosemary Dan Sage--- Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.


  10. Vitamin B--- Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

Sarapan Pagi Kuatkan Otak

Ahad, 23 Ogos 2009
PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia. Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat).
Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.
Rangsang paras glukosKarbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.
Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja.
Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

Khasiat Asparagus

Sabtu, 22 Ogos 2009

Asparagus kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, niasin, vitamin A dan C. Sayur-sayuran ini juga mengandungi elemen-elemen yg baik untuk kelenjar tiroid, pineal, adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.


Asparagus juga mengandungi sejenis bahan yg disebut asparajin yg memboleh sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Bagi mereka yg mengalami masalah buah pinggang, air rebusan asparagus mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif bagi meringankan masalah tersebut. Air rebusan asparagus ini dikatakan dapat menyerap mendapat asid urik dan memudahkan pengeluaran air kencing.


Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan makanan berlemak dan bergula. Tabiat pemakanan seperti ini menyebabkan asid terkumpul dgn banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yg tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekali gus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.


Di kalangan sayuran yang mengandungi asid folik, dikatakan asparagus adalah antara pembekal utama asid folik ini. Sebanyak 5.3 auns hidangan asparagus menyediakan 60% folacin yang dicadangakan bagi pembentukkan sel darah serta bagi pertumbuhan dan penghalang kepada penyakit hati. Di katakan folacin dapat memberi pencegahan kepada kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian seramai 2,500 bayi setiap tahun.


Selain itu terdapat bebera kajian yg mendapati bahawa asparagus dapat juga dijadikan sebagai ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Melalui beberapa ujian klinikal mendapat asparagus dapat meningkatkan jumlah sperma. Asparagus juga kaya dengan vitamin A dan ini bermakna ia bagus untuk penglihatan.

Pisang jauhkan stroke

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kajian menunjukkan dgn makan pisang setiap hari merupakan cara terbaik utk mencegak strok kerana pisang mengandungi potasium.


Penemuan ini berdasarkan kajian yg dijalankan keatas 5600 lelaki dan wanita, di mana lebih dpd 65 peratus ditemui 1.5 kali lebih berisiko diserang strok kerena mereka kurang mengambil makanan yg mengandungi potasium dlm pola makanan mereka dibandingkan dgn yg mengambil byk potasium.


Menurut para pengkaji di Queen's Medical Centre di Hawaii, difinasi pengambilan potasium rendah adalah kurang dari 2.4 gram per hari sedangkan pengambilan dalam kategori banyak adalah lebih dari empat gram per hari.Potasium berkerja dgn sodium untuk mengatur keseimbangan cairan, denyut jantung, konstraksi otot dan ransangan saraf. Ketika kadar potasium meningkat, kadar sodium akan menurun. Ini bermakna makanan yg kaya dgn potasium boleh membantu mengimbangi pengaruh sodium berlebihan seperti tekanan darah tinggi.Tanda2 lain kekurangan potasium ialah lesu dan haus yg berlebihan.


Sebiji pisang besar mengandungi sekitar 500mg potasium atau sekitar satu pertujuh dari pengambilan yg dicadangkan.Selain kaya dgn potasium, pisang juga mengandungi labih dari satu perempat vitamin B6 yg diperlukan setiap hari termasuk asid folik. Ini menjadikan pisang sebagai makanan penting bagi ibu yg mengandung dan wanita yg ingin memiliki bayi. Di samping berguna untuk mengubati sembelit, ia juga boleh dimakan untuk mendapatkan tubuh yg langsing kerana hanya mengandungi sekitar 95 kalori.

Makanan untuk hidup lama

Khamis, 20 Ogos 2009

Dapat dari forum lain...untuk dikongsi bersama...


Buncis, blueberi, brokoli, gandum, limau, ikan salmon, kacang soya, bayam, teh hijau atau hitam, tomato, labu dan yogurt disebut-sebut sebagai makanan super kerana boleh membantu hidup seseorang lebih lama dan lebih sihat.


Makanan ini diyakini dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan diabetes.Menurut pakar bedah plastik dari California Dr. Steven Pratt, makanan super yg dinyatakan ini boleh memberi khasiat terbaik utk setiap org.Kerana itu, mekanan super itu mengandungi zat bagi meningkatkan vitamin, serat dan bahan kimia utk penyerang penyakit terbaik seperti lycopene yg diketahui boleh mencegah cancer selain mengelakkan kulit kendur dan menjaga tubuh tetap langsing.


Menurut Dr. Pratt lagi, makan makanan yg betul boleh mengubah sebahagian dari biokimia utk membantu menghentikan kerosakan sel yg dapat berkembang menjadi penyakit.

Epal Hijau buah ajaib

Rabu, 19 Ogos 2009
Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.


Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit.


Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.


Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi?

Risiko mengorek Telinga

Selasa, 18 Ogos 2009
Risiko Mengorek Telinga. Wajarkah Amalan Ini Diteruskan ?...

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga . Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telingaKatanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telingaKanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

Tanda-tanda lelaki itu suami orang !

Isnin, 17 Ogos 2009
TANDA2 LELAKI ITU SUAMI ORANG

Haaaaaa...saya baru jek dapat tips nih... kepada awek awek yg tengah kompius dengan boipren boipren hangpa...boleh ler baca tips nih tapi... pepandai la hangpa menilai eik kepada kaum lelaki tu..betulke tips ni.???



  1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau mukaanda kerana takut pembohongannya dikesan.


  2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikansekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinyaatau saudara mara.


  3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga linedengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.


  4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapatdihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card)dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.


  5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untukbertemu kedua orang tuanya.


  6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anakpatung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyenkereta.


  7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasakerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil denganwanita.


  8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlaludi kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanyamenakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).


  9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga olehisteri mithali yang baik dan setia di rumah.


  10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yangagak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta diaakan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihatnombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalahisterinya.


sumber: dapat dari forum lain hehehe...

Tahan Nafas boleh menyebabkan kerosakkan otak?

Ahad, 16 Ogos 2009

Berdasarkan kajian saintifik baru-baru ini mendapati tindakan menahan nafas walaupun hanya untuk beberapa minit boleh menyebabkan kerosakan otak. Kumpulan saintis yang berjaya membuat penemuan tersebut mendedahkan kehadiran sejenis protein S100B yang meningkat semasa seseorang sedang menahan nafas.
Menurut mereka, Protein S100B merupakan penunjuk atau tanda kerosakan sel-sel otak sedang berlaku. Walaubagaimanapun, ia hanya sementara dan hilang selepas kembali bernafas seperti biasa. Hasil penemuan ini ternyata membimbangkan para saintis terutamanya ke atas aktiviti sukan renang dan menyelam. Mereka yang aktif dalam kedua-dua aktiviti tersebut terdedah kepada risiko jangka masa panjang akibat kekurangan oksigen. Dalam kes ini, apabila seseorang perenang atau penyelam menahan nafas mereka, kortek otak (salah satu bahagian otak) akan mengalami kekurangan oksigen lalu berlaku satu keadaan yang dipanggil hypoxia yang adakalanya boleh membawa maut.Dalam senario seseorang yang lemas, tetapi berjaya diselamatkan, ia tetap berpotensi tinggi menyebabkan sel otak untuk rosak dan tidak dapat dipulihkan untuk selama-lamanya. Dalam sukan renang atau menyelam, sering kali ujian tahan nafas di dalam air dilakukan bagi meningkatkan kekuatan paru-paru.
Oleh itu kajian yang lebih mendalam telah dilakukan ke atas 9 orang ahli renang profesional ( 8 lelaki dan 1 wanita) telah medapati;
  • Secara purata, mereka boleh menahan nafas selama 5 minit 35 saat. Paling lama ialah 6 minit 43 saat dan paling singkat ialah 4 minit 41 saat.
  • Tahap Protein S100B telah dikesan meningkat pada 7 dari 9 penyelam tersebut.
  • Sekumpulan perenang kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada aras Protein S100B.
  • Secara purata, S100B meningkat sebanyak 37 peratus selepas 10 minit penyelam menghentikan selamannya.
  • Tahap S100B kembali kepada normal selepas 2 jam.
  • Kesemua penyelam menunjukkan tanda-tanda asphyxia, di mana tahap oksigen di dalam darah menurun, dan tahap karbon dioksida meningkat.
Peningkatan tahap Protein S100B telah mengesahkan lagi akan kerosakan sel-sel otak yang terjadi akibat menahan nafas. Walaubagaimanapun, tahap peningkatan masih jauh lebih rendah berbanding otak yang mengalami kecederaan akibat kemalangan dan trauma di mana peningkatannya biasanya melebihan ratusan peratus.
sumber:apesaje.tk, Journal of Applied Physiology, e Science News

Orang Gemuk Hidup lebih lama??

Sabtu, 15 Ogos 2009

Orang Gemuk Hidup Lebih Lama, Kurus Berisiko Untuk Mati Lebih Cepat ...
Satu kaji selidik di sini mendakwa individu gemuk cenderung untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki berat badan ideal. Namun, pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang menjalankan kaji selidik terhadap 11,300 orang dewasa selama 12 tahun itu tidak pasti mengapa perkara tersebut berlaku.Kajian sama mendapati sepanjang tempoh itu, kelompok yang kurus cenderung menemui ajal lebih awal berbanding mereka dengan berat badan normal diikuti dengan kumpulan individu terlampau obes.


Menurut kajian tersebut yang turut diterbitkan di Jurnal Obesiti mendapati;


  1. Mereka yang mempunyai BMI Kurang dari 18.5

  2. Mereka yang mempunyai BMI Lebih dari 35 mempunyai kadar 36% lebih tinggi risiko untuk mati.

  3. Mereka yang diklasifikasikan sebagai obes dan mempunyai BMI BMI 30-34.9 mempunyai risiko kematian yang sama dengan risiko-risiko kematian yang lain.

  4. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dengan BMI 25-29.9 mempunyai kadar 17% lebih rendah risiko untuk mati.

Berdasarkan penemuan itu, para penyelidik berkenaan menyatakan berat atau indeks jisim badan (BMI) bukan penentu tentang keadaan dan tahap kesihatan seseorang. Walaupun tidak dapat mengaitkan pertambahan berat badan dengan kurangnya risiko kematian.Namun, mereka ada membuat andaian bahawa orang yang terlalu kurus lebih terdedah kepada risiko penyakit berjangkit kerana kekurangan zat untuk membina sistem pertahanan badan yang baik.Manakala, meskipun orang gemuk dan obes lebih terdedah kepada penyakit ######bolisma, ia boleh dikawal dengan rawatan dan pengambilan ubat-ubatan moden yang ada sekarang.


Terlalu kurus seperti yang sering digambarkan oleh model-model dan aktres barat bukan sahaja tidak cantik, malah amat berbahaya pada kesihatan Menurut mereka, seseorang yang memiliki berat berlebihan tetapi aktif bersenam lebih sihat berbanding mereka yang memiliki berat badan normal tetapi tidak aktif. Selain itu, terlalu kurus juga boleh melemahkan tahap ketahanan badan dan lebih mudah dijangkiti oleh wabak penyakit berjangkit.

Hati-hati dengan produk pemutih kulit !

Jumaat, 14 Ogos 2009


Tertarik dengan Topic berhati-hati dengan produk pemutih di blog kak jayn, saya nak letak juga kat blog ni untuk dikongsi bersama pembaca sekalian....



Below are the 26th of the banned skincare/cosmetics by health ministry...

1.Dr Seagar SkinRecon
2.Ain's Beauty Care Natural Lightening Cream
3.Felisa GP Lotion
4.Sri Mutiara Krim Kecantikan Malam
5.Dewajah Night Cream
6.Ains Beauty Care Clear II Cream
7.Ains Beauty Care Face Lotion 1
8.Ains Beauty Care Face Lotion 2
9.Rihanna Beauty Cream
10.Sub Whitening Revitalizing Cream
11.Sub Instant White Cream
12.Herbarites Skin Whitening(Sensitive Skin)
13.Deep Skin White Plus
14.Atika Beauty Skin Lightening Cream
15.Crystal White Extra Night Cream
16.Crystal White Night Cream
17.Golden Deer White Complex Cream
18.Cellnique Skin Whitening Plus II
19.Cellnique Skin Whitening Essence I
20.Sendayu Tinggi Body & Skincare Cool & Lightening Soap
21.Kzanah White Pembersih Wajah
22.Gloskin Krim Malam & Siang23.Reena's Astringen Lanjutan
24.Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
25.Eetye Whitening Cream
26.O'Lynn Lynn's H2O Series Skin Lightening Cream
Note: Becarefull....love your skin.
Ahad, 2 Ogos 2009

Sekilas .....SIHAT

AROMATERAPI... adalah cara natural bagi merawat kesegaran dan kecantikan tubuh. Gabungan wap panas dengan aromaterapi mengendurkan otot yang tegang.

TENANGKAN FIKIRAN SEBELUM TIDUR...jika ada masalah yang mengganggu, tuliskan di atas kertas. ia juga adalah salah satu cara meluahka perasaan.

Untuk membuang sisa makanan, anda disarankan untuk berkumur dan "flossing". Ganti berus gigi setiap 3 bulan untuk menjamin kebersihan gigi.

KULIT JUGA PERLUKAN makanan yang banyak mengandungi vitamin A, C dan banyakkan masa untuk berehat dan beraktivit untuk membantu pertumbuhan kulit

REGANGKAN OTO-OTOT pada tubuh anda 2 jam sebelum masuk tidur. Tubuh yang santai sebelum tidur akan membuatkan anda lebih mudah merasa ngantuk.

MENGHIRUP UDARA SEGAR sambil menikmati cahaya matahari pada awal pagi membantu anda awet muda dan lebih sihat.

SALAH SATU CARA TERBAIK untuk menghentikan sinus adalah dengan meminum banyak teh hitam, teh hijau dan tumbuhan yang tidak mengandungi kafein.

SUKAN AKUATIK SANGAT BAIK untuk semua golongan walaupun anda tidak tahu berenang. Bagi anda yang mempunyai penyakit artritis, masalah sendi mahupun berat berlebihan, anda juga disarankan melakukan banyak aktivit akuatik.

WANITA YANG BERSENAM dan sentiasa cergas setiap hari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara. bersenam selama sejam dalam seminggu dapat mengurangkan sehingga 30% risiko mendapat kanser payudara.

MENURUT JURNAL OCCUPATIONAL AND ENVIRONMENTAL MEDICINE, tahap stres yang tinggi boleh menyebabkan kesakitan senggugut sebanyak dua kali ganda

SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI FIZIKAL terutama yang berat, bertemu lah dengan doktor terlebih dahulu untuk penilaian tahap kesihatan anda

KAJIAN DARIPADA UNIVERSITY OF WISCONSIN mendapati dengan mengamalkan terapi tumpuan (fokus pada satu perkara sahaja) akan mengurangkan stress dan memperbaiki sistem imun badan.

sumber: majalah RAPI 15 julai 2009