Berjuta warna pelangi di dalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi...
Hidup ini satu perjalanan....
Makanan boleh mempengaruhi kesihatan kulit
Ikan: Makanan sihat untuk Otak
Kurangkan Garam
Kurangkan Lemak
Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama adalah hasil tumbuhan dan ianya terbahagi kepada 2 jenis: -
Panduan pemakanan untuk kesihatan
10 cara tingkatkan daya ingatan
- Kacang Soya--- Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori
- Zat Besi--- Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak
- Kopi--- Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein
- Latihan Mental--- Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.
- Latihan Fizikal--- Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.
- Mengunyah Gula-Gula Getah--- Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.
- Ginkgo Biloba--- Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
- Minyak Ikan--- Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
- Rosemary Dan Sage--- Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.
- Vitamin B--- Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.
Sarapan Pagi Kuatkan Otak
Khasiat Asparagus
Pisang jauhkan stroke
Makanan untuk hidup lama
Epal Hijau buah ajaib
Risiko mengorek Telinga
Tanda-tanda lelaki itu suami orang !
- Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau mukaanda kerana takut pembohongannya dikesan.
- Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikansekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinyaatau saudara mara.
- Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga linedengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.
- Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapatdihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card)dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.
- Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untukbertemu kedua orang tuanya.
- Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anakpatung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyenkereta.
- Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasakerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil denganwanita.
- Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlaludi kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanyamenakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).
- Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga olehisteri mithali yang baik dan setia di rumah.
- Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yangagak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta diaakan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihatnombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalahisterinya.
Tahan Nafas boleh menyebabkan kerosakkan otak?
- Secara purata, mereka boleh menahan nafas selama 5 minit 35 saat. Paling lama ialah 6 minit 43 saat dan paling singkat ialah 4 minit 41 saat.
- Tahap Protein S100B telah dikesan meningkat pada 7 dari 9 penyelam tersebut.
- Sekumpulan perenang kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada aras Protein S100B.
- Secara purata, S100B meningkat sebanyak 37 peratus selepas 10 minit penyelam menghentikan selamannya.
- Tahap S100B kembali kepada normal selepas 2 jam.
- Kesemua penyelam menunjukkan tanda-tanda asphyxia, di mana tahap oksigen di dalam darah menurun, dan tahap karbon dioksida meningkat.
Orang Gemuk Hidup lebih lama??
- Mereka yang mempunyai BMI Kurang dari 18.5
- Mereka yang mempunyai BMI Lebih dari 35 mempunyai kadar 36% lebih tinggi risiko untuk mati.
- Mereka yang diklasifikasikan sebagai obes dan mempunyai BMI BMI 30-34.9 mempunyai risiko kematian yang sama dengan risiko-risiko kematian yang lain.
- Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dengan BMI 25-29.9 mempunyai kadar 17% lebih rendah risiko untuk mati.
Berdasarkan penemuan itu, para penyelidik berkenaan menyatakan berat atau indeks jisim badan (BMI) bukan penentu tentang keadaan dan tahap kesihatan seseorang. Walaupun tidak dapat mengaitkan pertambahan berat badan dengan kurangnya risiko kematian.Namun, mereka ada membuat andaian bahawa orang yang terlalu kurus lebih terdedah kepada risiko penyakit berjangkit kerana kekurangan zat untuk membina sistem pertahanan badan yang baik.Manakala, meskipun orang gemuk dan obes lebih terdedah kepada penyakit ######bolisma, ia boleh dikawal dengan rawatan dan pengambilan ubat-ubatan moden yang ada sekarang.
Terlalu kurus seperti yang sering digambarkan oleh model-model dan aktres barat bukan sahaja tidak cantik, malah amat berbahaya pada kesihatan Menurut mereka, seseorang yang memiliki berat berlebihan tetapi aktif bersenam lebih sihat berbanding mereka yang memiliki berat badan normal tetapi tidak aktif. Selain itu, terlalu kurus juga boleh melemahkan tahap ketahanan badan dan lebih mudah dijangkiti oleh wabak penyakit berjangkit.
Hati-hati dengan produk pemutih kulit !
Below are the 26th of the banned skincare/cosmetics by health ministry...
1.Dr Seagar SkinRecon
TENANGKAN FIKIRAN SEBELUM TIDUR...jika ada masalah yang mengganggu, tuliskan di atas kertas. ia juga adalah salah satu cara meluahka perasaan.
Untuk membuang sisa makanan, anda disarankan untuk berkumur dan "flossing". Ganti berus gigi setiap 3 bulan untuk menjamin kebersihan gigi.
KULIT JUGA PERLUKAN makanan yang banyak mengandungi vitamin A, C dan banyakkan masa untuk berehat dan beraktivit untuk membantu pertumbuhan kulit
REGANGKAN OTO-OTOT pada tubuh anda 2 jam sebelum masuk tidur. Tubuh yang santai sebelum tidur akan membuatkan anda lebih mudah merasa ngantuk.
MENGHIRUP UDARA SEGAR sambil menikmati cahaya matahari pada awal pagi membantu anda awet muda dan lebih sihat.
SALAH SATU CARA TERBAIK untuk menghentikan sinus adalah dengan meminum banyak teh hitam, teh hijau dan tumbuhan yang tidak mengandungi kafein.
SUKAN AKUATIK SANGAT BAIK untuk semua golongan walaupun anda tidak tahu berenang. Bagi anda yang mempunyai penyakit artritis, masalah sendi mahupun berat berlebihan, anda juga disarankan melakukan banyak aktivit akuatik.
WANITA YANG BERSENAM dan sentiasa cergas setiap hari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara. bersenam selama sejam dalam seminggu dapat mengurangkan sehingga 30% risiko mendapat kanser payudara.
MENURUT JURNAL OCCUPATIONAL AND ENVIRONMENTAL MEDICINE, tahap stres yang tinggi boleh menyebabkan kesakitan senggugut sebanyak dua kali ganda
SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI FIZIKAL terutama yang berat, bertemu lah dengan doktor terlebih dahulu untuk penilaian tahap kesihatan anda
KAJIAN DARIPADA UNIVERSITY OF WISCONSIN mendapati dengan mengamalkan terapi tumpuan (fokus pada satu perkara sahaja) akan mengurangkan stress dan memperbaiki sistem imun badan.
sumber: majalah RAPI 15 julai 2009
Rawat Wajah ikut usia (40an)
Tampil cantik sepanjang masa
usia 40an:
pada usia ini juga, lapisan luar epidermis menjadi lebih tebal kerana adanya penumpukkan sel-sel kulit mati. Anda disarankan menggunakan pembersih wajah yang mengandungi AHA untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.
Kulit juga akan menjadi lebih sensitif, selalu lah berjumpa pakar-pakar kecantikan untuk mendapatkan panduan dan nasihat selain mendapatkan produk penjagaan yang sesuai.
Lakukan chemical peeling bagi membuang noda hitam di wajah, rawatan skin filler untuk mengisi kedutan dan lekuk yang ada dalam kulit. alternatif lain ialah mendapatkan suntikan vitamin C untuk menghilangkan kedutan.
produk yang diperlukan:
* Pencuci wajah
* Penyegar wajah
* Pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
* krim malam anti penuaan
* krim mata anti penuaan
( lebih baik sekiranya menggunakan produk yang mengandungi vitamin A)
Note:
* Chemical peeling: proses pengelupasan kulit secara kimia menggunakan AHA (Alpha Hydroxy acid) untuk merangsang penghasilan sel kulit baru yang lebih sihat.
* Skin filler: ia berfungsi mengisi lekukan atau kedutan yang sangat dalam dengan sejenis bahan
sumber: majalah RAPI 15 julai 2009
Rawat Wajah Ikut Usia ( 30an)
Usia 30an:
Anda harus mengambil berat soal pemakanan. Utamakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan ikan. Kandungan vitamin A, B, C dan E yang terkandung dalam makanan ini mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, membaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolagen semulajadi.
Lakukan rawatan thermage untuk mengatasi masalah kedutan-kedutan halus dan kulit yang mulai mengendur.
Produk yang diperlukan:
* Krim pelindung cahaya matahari (dengan SPF yang lebih tinggi)
* Pelembap wajah
* Pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
* Penyegar wajah
* Krim malam
* Krim mata
Note:
* thermage: rawatan yang menggunakan frekuensi radio untuk membentuk tekstur kulit baru melalui penghasilan semula kalogen. Rawatan ini menghilangkan garis-garis halus di sekitar bibir, mata dan dagu selain mengatasi masalah kulit berjerawat dan parut. Kalogen akan terbentuk dua bulan selepas rawatan. ia boleh diaplikasikan kepada semua jenis kulit.
Sumber: majalah RAPI 15 julai 2009
Rawat wajah ikut Usia (Usia 20an)
Tampil cantik sepanjang masa....
Usia 20an:
Selain pembersih, jangan lupa gunakan krim pelindung sinaran cahaya matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of dermatology, sinaran matahari merupakan faktor utama masalah penuaan kulit.
sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang berminyak dan berjerawat, cuba lakukan rawatan peeling atau pengelupasan, pastikan rawatan dilakukan dengan betul bagi memastikan sel kulit mati dapat ditanggalkan dengan sepenuhnya. Lengkapi rutin penjagaan kulit wajah dengan rawatan facial sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Produk yang diperlukan:
* Pencuci wajah yang lembut kandunganya
* pelembap kulit wajah
* Krim pelindung sinaran matahari (sekurang-kurangnya dengan SPF 15)
* Penyegar wajah
* Krim mata
Sumber: Majalah RAPI 15 julai 2009
Jeti Dataran Bengkoka, Pitas
pemandangan di sekitar Jeti bengkoka
Memancing di Sungai Bengkoka, Pitas
nahh...jangan silap, ini bukan hasil pancingan kami tapi inilah umpan kami, biasa dorang guna umpan udang hidup tapi hari tu udang hidup tiada, jadi guna udang mati sajalah. guna pancing yang gulung di 'gulungan' entah apa nama..sia tidak pandai guna tapi belajar lah guna. 1 ekor ikan pun sia tidak dapat, yang lain ada lah dalam beberapa ekor ikan tapi kecil2. mungkin bukan rezeki kami hari ini, bila sudah rasa panas terik..kami pun pulang. penat juga memancing, sebenarnya penat menunggu ikan makan umpan. mungkin kalau 'mematuk' tidak terasa penat tu hehe. macam tidak puas hati sja..tapi tidak apa lah lain kali kami datang lagi....pasti datang.
p/s: tuliasan sia ni guna bahasa pasar sabah...bahasa gaul bilang indo
Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Jangan yakin sangat selepas pembedahan
"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"
Wasiat Nenek Ani
Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospit! al kerana sakit jantung, ... .
Keadaannya semakin ari semakin t eruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.
Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.
Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut
Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .
"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"
KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)
Tadau kaamatan di KDCA Penampang 31.5.09
INI LAH KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR KENANGAN KAAMATAN 2009
WALAI BISAYA
INI SUKU KAUM DUSUN BEGAK LAHAD DATU
SUKU KAUM MURUT PALUAN SOOK
ini lah rumah suku kaum dusun Keningau...di serambi rumah ada sekumpulan pemain musik tradisional suku kaum dusun keningau dan di dalam rumah ada sekumpulan kanak-kanak dusun keningau (dalam gambar di atas), comel-comel lagi tu, dua orang pelancong asing mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kanak-kanak comel ini
RUMAH KADAZAN PENAMPANG
Cantik juga rumah ni, tapi tidak banyak yang dapat dilihat...saya pun kurang pasti sebenarnya
SALAH SATU ETNIK DI PULAU BANGGI KUDAT
Yang bakai pakaian tradisional warna merah ni adalah salah satu suku kaum dari pulau Banggi tapi saya lupa etnik apa..apa ya?
mereka juga ada alat music dan tarian tradisional tersendiri...menariknya semasa menari mereka memegang beberapa helai/tangkai daun/tumbuh-tumbuhan
RUMAH TINDAL KOTA BELUD
Ini di serambi rumah tindal Kota Belud terdapat sekumpulan pemain musik tradisional sedang memainkan alat musik mereka
ini di dalam rumah tindal Kota Belud, yang menarik di dalam adalah ini...Pelamin/tempat persandingan pengantin suku kaum di Kota Belud. unik dan menarik
SUKU KAUM RUNGUS KUDAT
Di dalam rumah panjang suku kaum rungus ini juga macam-macam kraftangan boleh didapati disini, menarik dan menjadi perhatian pengunjung
ini beberapa kraftangan yang boleh didapati di rumah panjang rungus
PAMERAN BOBOHIZAN 'PAPASAAKOI BAMBAAZON KADAZANDUSUN PAPAR
Nah..yang ni pun salah satu yang sangat menarik bagi saya... kalau saya ada kamera yang canggih tu...boleh ambil gambar mereka cantik-cantik dan saya teringin buat poskad guna gambar mereka ni...cantik bah heheh dua orang model bambaazon tu pun macam sesuai sangat..bukan macam, memang sesuai lah
ACARA MELASTIK DAN DART
Hehehe masa kecil-kecil suka lastik burung...nah boleh join pertandingan melastik di sini, yang dart tu memang tiada bakat lah...huhu, bakat tingu saja lah
PERTANDINGAN BINA BADAN PERTAMA KALI DIANJURKAN
Tahun ini merupakan tahun pertama kali di mana ada pertandingan bina badan dianjurkan semasa pesta kaamatan di KDCA ini. ya lah bagi peluang yang lelaki pula kan, takkan lah unduk ngadau ja hehe...hhhmmm tak sangka orang-orang Sabah.. ramai juga yang ada harapan dalam bidang ni heheheh... ada dua kategori tu, gambar di atas kategori berat bawah 70kg dan gambar bawah kategori 70kg ke atas.
ALAT MENGUATKAN API
wahh...saya tidak tau nama alat ni, lupa tanya. yang saya tau fungsinya adalah untuk meniup kayu api yang dibakar untuk menguatkan marak api tersebut...tidak payah kipas, naikkan dan turunkan ja tiang kayu dia tu, ada angin keluar dari lubang bawah ke api, jadi kuatlah marak api tu...adeh susah juga mau kasi terang ni kalu tidak berapa tau
HINAVA!!
nyum2....kolihis bah tingu ni hinava, makanan terkenal di kalangan orang kadazan...dan merupakan salah satu makanan kegemaran saya, setelah penat-penat jalan tingu2 pameran, sempat juga makan di salah satu gerai2 makan di KDCA time tu...dan sudah pasti salah satu menunya HINAVA ini lah...nyum3..
Selepas jalan-jalan di KDCA, teruskan perjalana...sampai pula di Tambunan, Gunung emas, tempat tu agak sejuk dan nyaman, ni sempat ambil gambar monyet di depan gunung emas tu...dulu belum ada anak...sekarang ada sudah anak kecil..comel hheheh...rasanya macam mau tangkap sja..
Categories
Network Sites
Popular Posts
-
Hidup ini, suatu perjalanan.. Di penghujungnya, ada kekekalan.. Yang bagi manusia, terbuka tanpa rasa takut untuk kecewa, Hidup ini lembaran...
-
Botol antik ni berasal dari Amsterdam, Belanda diperbuat daripada tanah liat (clay). Pada botol tersebut terdapat tulisan ERVEN LUCAS BOLS ...
-
Wah.. sudah terlalu lama saya berehat dan blog ini semakin terbiar. tiba-tiba rasa ingin update blog ini. Hari ini saya dapat belajar perkar...
-
Sejak beberapa bulan lepas tekanan darah saya rendah dan hari ini sekali lagi saya mendapati tekanan darah saya rendah selepas buat pemeriks...
-
Rindu dengan ikan-ikan ni. yang ni ikan Pearl arowana atau kelisa mutiara. ikan ni sangat sensitif dan pemalu hehehe, kalau ada orang yang d...
-
Pada 31.5.09 yang lepas sempena sambutan hari kaamatan di KDCA Penampang, sempat juga pi tingu walaupun sekejap, sambutan memang meriah maca...
-
Panduan pemakanan Makanlah berjenis makanan dari setiap kumpulan mengikut kuantiti yang disarankan. Nikmati Iebih makanan jenis kekacang dan...
-
Asparagus kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, niasin, vitamin A dan C. Sayur-sayuran ini juga mengandungi elemen-elem...
-
pada hari yang sama kami memancing dan tidak dapat ikan...waktu dalam perjalanan balik ke KOta Kinabalu sempat singgah di Jeti Dataran Beng...
-
Orang Gemuk Hidup Lebih Lama, Kurus Berisiko Untuk Mati Lebih Cepat ... Satu kaji selidik di sini mendakwa individu gemuk cenderung untuk hi...
Blog yang saya ikuti:
-
Hana Khairunnisa Binti Musli puteri kedua ku6 tahun yang lalu
-
UPSR guna format baharu tahun depan9 tahun yang lalu
-
startrail11 tahun yang lalu
-
-
Khianat dan cita-cita politik di Malaysia?14 tahun yang lalu
-
CINTA LIMA SEGI...15 tahun yang lalu
-
POSISI SEKS KAMASUTRA15 tahun yang lalu
-
high child mortality rate to be reduced : Health Minister15 tahun yang lalu
-
New Arrival..Grab Now..15 tahun yang lalu
-
perpustakaan negeri sabah..15 tahun yang lalu
-
PROMOSI 3 IN 1 - RM120 SAHAJA!!!15 tahun yang lalu
-
MAAF - LAMA TAK UPDATE15 tahun yang lalu
-
IT TAMBANG, KAMBING OM MONDOW15 tahun yang lalu
-
Blogger in Draft16 tahun yang lalu
-
Serangan Haiwan Perosak16 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
Koleksi...
Download Software
Labels
- Bahasa Kita (1)
- Berita kawan (1)
- cakap apa saja (6)
- Destinasi Jalan-jalan (11)
- Gambar Tadau Kaamatan/pesta menuai (1)
- Hobi (1)
- Kesihatan dan kecantikkan (22)
- Kisah teladan (2)
- Koleksi barang antik/ barang lama (1)
- Mari ketawa..hahaha (10)
- Motivasi (3)
- Petua untuk wanita (1)
- Renungan (1)
- Tahukah anda? (3)
- Tips (1)
Pengikut
About Me
Blogger news
Labels
- Bahasa Kita (1)
- Berita kawan (1)
- cakap apa saja (6)
- Destinasi Jalan-jalan (11)
- Gambar Tadau Kaamatan/pesta menuai (1)
- Hobi (1)
- Kesihatan dan kecantikkan (22)
- Kisah teladan (2)
- Koleksi barang antik/ barang lama (1)
- Mari ketawa..hahaha (10)
- Motivasi (3)
- Petua untuk wanita (1)
- Renungan (1)
- Tahukah anda? (3)
- Tips (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(62)
-
▼
Ogos
(19)
- Hidup ini satu perjalanan....
- Makanan boleh mempengaruhi kesihatan kulit
- Ikan: Makanan sihat untuk Otak
- Fakta gula Badan tidak memerlukan gula yang berleb...
- Kurangkan Garam
- Kurangkan Lemak
- Panduan pemakanan untuk kesihatan
- 10 cara tingkatkan daya ingatan
- Sarapan Pagi Kuatkan Otak
- Khasiat Asparagus
- Pisang jauhkan stroke
- Makanan untuk hidup lama
- Epal Hijau buah ajaib
- Risiko mengorek Telinga
- Tanda-tanda lelaki itu suami orang !
- Tahan Nafas boleh menyebabkan kerosakkan otak?
- Orang Gemuk Hidup lebih lama??
- Hati-hati dengan produk pemutih kulit !
- Sekilas .....SIHATAROMATERAPI... adalah cara natur...
-
▼
Ogos
(19)