"Boleh Kami makan gaji?"

Rabu, 11 Mac 2009
Baru-baru ini ibu saya ada pi jual kain di tamu telipok. sudah menjadi kebiasaan beliau jual kain di mana-mana tamu kawasan kudat, KK, Tamparuli, Kundasang dan kadang-kadang Pitas. Hari khamis yang lepas, Tamu di Telipok, selepas tamu lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, biasanya semua peniaga akan berkemas-kemas untuk pulang rumah. Demikian juga ibu saya, semasa berkemas-kemas dan memasukkan semua barang jualan dalam bungkusan, tiba-tiba ada dua orang kanak-kanak kecil lungkungan umur 7-9 tahun datang dan berkata:
"makcik boleh kami makan gaji di sini?"
sebenarnya tidak banyak kerja yang perlu dilakukan bahkan tidak perlu menggaji orang sebab ibu saya berniaga bukan secara besar-besaran...tapi sebab kasihan, ibu saya pun berkata ... "boleh, tolong bawa barang-barang masuk dalam van saja lah"
Bersunguh-sungguh dua orang kanak-kanak itu buat kerja, sekejap ja siap. Sempat lagi ibu saya tanya, biasanya kamu buat apa? dorang cakap dorang selalu tolong peniaga kasut di tamu untuk jual dan susun-susun kasut/sandal, 1 hari...diberi RM2.50 sahaja...
Senang hati betul budak-budak tu, lepas dapat gaji angkat barang, ibu saya bagi lagi sehelai seluar setiap seorang.
Nanti bila dorang dewasa, pengalaman ini sangat berharga bagi dorang. walaupun susah tapi mereka tidak mencuri...

0 ulasan:

Catat Ulasan