Tidak tau mau buat apa di blog sendiri, menyibuk pula di blog orang lain. macam-macam jenis blog saya jumpa, ada blog cerita peribadi, perjalanan hidup, blog perniagaan, blog cerita-cerita politik dan macam-macam lagi. apa pun bentuk, jenis dan konsep blog, tidak kira siapa penulisnya, rasa seronok pula mengikuti blog orang lain. di samping mengisi masa lapang, kadang-kadang terhibur juga lah,kadang-kadang dapat juga pengajaran dari pengalaman orang lain. Banyak juga informasi berguna, dapat tambah pengetahuan yang membuat otak kita jadi makin canggih (ini pinjam kata-kata seorang tokoh negara yang saya kagumi juga) selain dapat menambah kawan-kawan.
Hari ini dapat deal dengan satu pembeli, bukan lah secara besar-besaran, tapi buat permulaan, ini macam satu motivasi untuk diri sendiri. Ada orang cina cakap "memang penting kita buat research, kita belajar, cari pengetahuan sana sini, cari lokasi, cari modal bahkan kebanyakkan orang buat loan dari bank atau dari sumber lain untuk memulakan perniagaan. Orang cina berani memulakan perniagaan tanpa modal yang besar apalagi pegetahuan dalam bidang perniagaan" katanya lagi "sebab pengetahuan dan kemahiran dapat dipelajari semasa menjalankan perniagaan". Bila difikir-fikir, macam saya suka pula pendapat tu, ya lah practice make perffect kan, bukan sedikit orang kita yang berminat dalam bidang perniagaan ini tetapi tidak berani memulakan dengan alasan belum cukup bersedia dari segi pengetahuan dan modal, takut tidak maju. Kalau tunggu sampai bersedia, memang susah memulakan langkah pertama. bukan maksud saya langsung tidak perlukan modal atau pengetahuan tapi..kita boleh mulakan dengan apa yang kita ada, mulakan secara kecil dan sederhana tidak menjadi kesalahan, malah lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa. Tidak mustahil boleh berkembang seperti kisah Hypermarket Giant (pasti semua orang tau ni) yang sekarang ada banyak cawangan di seluruh negara, siapa sangka ia bermula dari sebuah kedai runcit kecil sahaja.
MEMANG SUSAH UNTUK MEMULAKAN SESUATU TETAPI BUKAN PERMULAAN YANG PENTING MELAINKAN PENGAKHIRAN SESUATU....only an opinion.
0 ulasan:
Catat Ulasan